Rabu, 25 Julai 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


8 pelajar Malaysia di Syria enggan pulang: Richard Riot

Posted: 25 Jul 2012 03:28 AM PDT

SEPANG: Kesemua lapan pelajar Malaysia di Syria yang enggan pulang ke tanahair masih bernekad tidak mahu meninggalkan negara bergolak itu kerana bimbang tidak dapat menyambung pelajar mereka.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Anak Jaem, berkata kementerian sudah memujuk untuk membawa mereka pulang namun pelajar berkenaan berkeras untuk tinggal di sana. "Kami berharap mereka selamat dan pihak kementerian percaya mereka berada di tempat tertentu atau berada di tempat perlindungan masing-masing," katanya ketika menyambut kepulangan pelajar Malaysia di Syria di Balai Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sebentar tadi.

7 pelajar Malaysia dari Syria selamat pulang ke tanahair

Posted: 25 Jul 2012 02:49 AM PDT

SEPANG: Seramai tujuh pelajar Malaysia yang menuntut di Syria selamat pulang ke tanahair selepas pesawat komersial yang dinaiki mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, tepat jam 4.15 petang tadi.

Kumpulan pertama rakyat Malaysia itu pulang ke tanahair dengan menaiki pesawat komersial Emirates EK346. Ketibaan mereka lewat kira-kira 1 jam 30 minit dari waktu yang dijadualkan.
Turut menyambut kepulangan pelajar dari negara bergolak itu adalah Timbalan Menteri Luar, Richard Riot Anak Jaem, pegawai rasmi Wisma Putra dan keluarga pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan