Harian Metro: Mutakhir |
Pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah menang pertandingan rekacipta antarabangsa Posted: 06 Jul 2012 05:02 AM PDT IPOH: Daya kreatif dan inovatif lapan pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah yang mencipta alat membuka nut tayar kereta menggunakan pam hidrolik, melayakkan mereka memenangi pingat emas dalam satu pertandingan pencipta muda di Bangkok, Thailand, baru-baru ini. Alat yang dinamakan "Nutty-Notty" dicipta bagi memudahkan penukaran tayar kereta tanpa menggunakan banyak tenaga dan mengambil masa yang singkat. Alat itu pada mulanya dicipta menggunakan besi katil sekolah dengan kos RM30 dan dibawa ke pertandingan sempena Pameran Antarabangsa bagi Pencipta Muda 2012 (International Exhibition for Young Inventors 2012) di Bangkok. Ketua projek, Nor Ameerah Nawi, 17, berkata alat itu sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat terutama kaum wanita yang kebiasaannya mengalami kesukaran untuk menukar tayar kereta yang pancit.
Beliau berkata alat yang dicipta oleh pelajar tingkatan empat dan lima itu dipatenkan pada 27 Mac lepas. Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan Noor Aini Zainal Abidin berkata alat itu akan dipasarkan dalam tempoh terdekat. "Nutty-Notty" akan dijual dengan harga RM100 seunit. - BERNAMA Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/06 |
Pekerja kilang dipenjara tiga tahun sebabkan kematian bayi sendiri Posted: 06 Jul 2012 03:21 AM PDT PETALING JAYA: Seorang pekerja kilang wanita warga Indonesia dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menyebabkan kematian seorang bayi perempuan yang baru dilahirkannya bulan lepas. Hakim Suraiya Mustafa Kamal membuat keputusan itu selepas Nenda Nurindahsari, 21, mengaku melakukan perbuatan tersebut di premis Kilang Western Digital, Lot 3, Jalan SS 8/6, Sungai Way, Selangor antara 4.30 petang hingga 5.02 petang pada 15 Jun lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes yang dibentangkan Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun, rakaman CCTV kilang itu menunjukkan tertuduh masuk ke dalam sebuah tandas di premis tersebut dalam keadaan sarat mengandung tetapi keluar dengan keadaan perut yang kempis.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/06 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan