Sabtu, 28 Julai 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Cukai lapangan terbang KLIA2 kekal: MAHB

Posted: 27 Jul 2012 05:41 AM PDT

PUTRAJAYA: Ketua Pegawai Kewangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Faizal Mansor hari ini berkata cukai lapangan terbang bagi terminal penerbangan murah KLIA2 akan kekal apabila ia memulakan operasinya pada April tahun depan.

Beliau berkata caj itu dikawal selia oleh kerajaan, dan ia adalah keputusan kerajaan sama ada meningkatkan atau menurunkkan cukai itu.

"Setiap lima tahun kerajaan meminta maklumat dari MAHB tentang pelbagai caj aeronautikal dan mereka menggunakan maklumat itu untuk mengambil keputusan sama ada caj lapangan terbang akan naik atau tidak.
"Semakan semula akan datang dijadual pada 2014," katanya kepada pemberita pada satu taklimat mengenai Keputusan Kewangan MAHB bagi Enam Bulan Berakhir 30 Jun 2012 di sini hari ini.

Oleh itu, kata Faizal, penggendali lapangan terbang itu tidak boleh memberikan jaminan hitam putih bahawa caj itu tidak akan dinaikkan.

Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz dalam satu kenyataan semalam berkata satu komitmen hitam putih tentang caj lapangan terbang tetap di terminal penerbangan tambang murah itu diperlukan untuk mengurangkan ketegangan di antara Ketua AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan MAHB.

Faizal juga berkata adalah tidak masuk akal untuk jumlah itu kekal sama kerana tentunya kos meningkat setiap tahun, terutamanya untuk gaji dan inflasi.
Menekankan bahawa caj sekarang masih di antara yang paling rendah di dunia, beliau berkata peningkatan kecil seperti RM1 bagi penumpang antarabangsa tidak akan menyebabkan mereka membatalkan perjalanan, terutamanya bagi mereka yang datang dari negara yang matawangnya lebih kukuh dari Malaysia.

Kutipan itu bukan hanya akan membantu MAHB berdepan dengan inflasi dan peningkatan gaji pekerja, tetapi juga akan digunakan untuk membina terminal dengan fasiliti yang lebih baik untuk menarik lebih ramai penumpang, katanya.

Pada masa ini, lapangan terbang itu mengenakan caj sebanyak RM6 untuk penumpang domestik di LCCT dan RM9 untuk terminal utama, sementara penumpang antarabangsa dikenakan caj RM32 untuk LCCT dan RM65 untuk terminal utama. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan