Isnin, 9 Julai 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Gadis pakai lampin

Posted: 08 Jul 2012 03:06 PM PDT

PASIR MAS: Melihat susuk tubuhnya, dia bagaikan kanak-kanak berusia tiga tahun manakala tingkah laku pula seperti bayi apabila tidak dapat bertutur atau berdiri serta masih memakai lampin pakai buang.

Begitu nasib Siti Salwani Abdullah, dari Kampung Simpol, Tok Uban, dekat sini, yang berusia 19 tahun.

Dengan ketinggian cuma 83 sentimeter dan berat 14 kilogram, anak keempat daripada tujuh beradik itu terpaksa melupakan segala-galanya, termasuk alam persekolahan dan remaja.

Dia kini terperap di rumah bersama bapanya, Abdullah Salleh, 67, tiga adik, Mohd Khir, 18, Mohd Lutfi, 16 dan Saadon, 14, dan datuk, Salleh Awang Kechik, 90, selepas ibu mereka, Ramlah Ismail, meninggal dunia pada 2007 akibat barah hati.


Dua kakaknya, Nurul Asyikin, 27, dan Nurul Akmar, 24, bekerja di Kuala Lumpur, manakala seorang lagi kakak, Siti Adawiyah, 22, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/09


15 minit rintih sakit

Posted: 08 Jul 2012 03:06 PM PDT

PORT DICKSON: "Sakit...sakit," rintih seorang lelaki yang terpaksa menahan azab selama 15 minit akibat tersepit di tempat duduk penumpang sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat selepas kereta dinaiki bersama dua saudaranya terbabas lalu merempuh tembok di Jalan Pasir Panjang-Port Dickson, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, mangsa, V Vasantha, 24, patah kaki kiri dan cedera di bahagian muka manakala, M Janaki, 60, yang duduk di bahagian belakang patah kaki dan tangan. Namun pemandu kereta, T Vijayan, 27, hanya cedera ringan.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi berkata, siasatan awal semua mangsa dalam perjalanan dari Pasir Panjang ke Port Dickson sebelum kereta Proton Saga dinaiki hilang kawalan.

"Kereta yang dipandu Vijayan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok menyebabkan Vasantha iaitu penumpang depan terperosok di bawah tempat duduk. "Manakala, Janaki yang turut cedera parah dikeluarkan orang ramai sebelum dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk menerima rawatan lanjut," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Abd Wahab berkata, Vasantha yang kelihatan parah di muka dikeluarkan bomba dan terus dikejarkan ke HPD untuk rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. "Siasatan tempat kejadian masih lagi diteruskan berikutan kemalangan ini membabitkan kenderaan mangsa saja," katanya.


Sehubungan itu, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kemalangan dan meminta mana-mana saksi kejadian tampil atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Athirah Abd Manaf di talian 016-4412831 bagi menyalurkan maklumat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai dan menyebabkan kemalangan," katanya.


Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badrul Taman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.15 pagi dan satu jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian, dua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang ramai manakala penumpang depan mengambil masa selama 15 minit untuk dikeluarkan akibat terperosok di bawah tempat duduk," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/09


Tiada ulasan:

Catat Ulasan