Khamis, 12 Julai 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Bisnes laris hanya tiga hari

Posted: 11 Jul 2012 03:41 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dengan bermodalkan sekeping kertas A4 tertera tulisan tangan berbahasa Arab kononnya boleh dijadikan azimat, seorang lelaki warga Pakistan berusia 30-an dikatakan sudah menipu sekurang-kurangnya 10 peniaga tempatan yang mahu menggunakan kertas berkenaan untuk melariskan perniagaan masing-masing.

Difahamkan, lelaki terbabit menjual kertas azimat itu dengan harga RM30,000 setiap satu sejak enam bulan lalu sebelum menghilangkan diri dan gagal dikesan hingga kini.

Suspek juga bijak meyakinkan mangsa untuk mendapatkan azimat berkenaan dengan memberi tempoh tiga hari untuk cuba menggunakannya sebelum menuntut bayaran selepas tamat tempoh berkenaan.

Selepas mendapatkan bayaran, suspek menghilangkan diri manakala 'azimat' disimpan peniaga juga lesap menyebabkan perniagaan mangsa merosot mendadak berbanding sebelumnya, malah ada juga segelintir peniaga yang gulung tikar.


Dalam kejadian terbaru, seorang peniaga dikenali sebagai Labu, 20, membuat laporan di Balai Polis Puchong, di sini, kelmarin selepas mendakwa diperdaya lelaki terbabit hingga kerugian RM30,000.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/12


Trauma perompak kelar leher anak

Posted: 11 Jul 2012 03:41 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Anak saya masih trauma sehingga tidak boleh tidur, manakala saya dan isteri tidur dalam kereta setiap malam, sejak kejadian" kata Hasrin Abdullah mengenai kes pecah masuk rumahnya dan cubaan merogol anaknya seminggu lalu.

Hasrin berkata, ketika kejadian jam 3.50 pagi pada 4 Julai lalu, dia bersama isteri dan anaknya nyenyak tidur sebelum dikejutkan jeritan anak perempuan berusia 17 tahun dari biliknya.

Dia tambah terkejut melihat leher anaknya berlumuran darah akibat dikelar perompak menggunakan pisau pemotong buah.

Kejadian itu berlaku tiga hari selepas keluarganya berpindah ke rumah baru di Blok A, Pangsapuri Kos Rendah, Pandan Perdana, di sini.


Katanya, dia marah terhadap penjenayah itu bukan kerana barang peribadi dicuri, tetapi kerana anak perempuannya dicederakan dan nyaris menjadi mangsa rogol.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/12


Tiada ulasan:

Catat Ulasan