Rabu, 11 Julai 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Seksaan jam 2 pagi

Posted: 10 Jul 2012 03:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga yatim piatu didakwa diperlakukan seperti 'hamba abdi' oleh ibu dan bapa saudaranya sejak sebulan lalu.

Kanak-kanak itu mendakwa dia bukan saja dipaksa bangun tidur seawal jam 2 pagi untuk melakukan pelbagai kerja rumah seperti mengemas dan mencuci pakaian serta tandas, malah jika enggan atau lewat berbuat demikian dia ditampar, diterajang serta dipukul dengan penyangkut baju serta rotan.

Bagaimanapun, penderitaan kanak-kanak berkenaan yang didera pasangan suami isteri berusia 30-an itu berakhir jam 1.30 tengah hari kelmarin apabila diselamatkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mangsa menceritakan kejadian dia didera kepada guru di sekolahnya.

Sebaik menceritakan kejadian itu kepada gurunya yang kemudian memaklumkan kepada JKM, sepasukan anggota polis bergegas ke rumah pasangan terbabit di Bandar Mahkota, di sini, sebelum menahan kedua-dua mereka untuk siasatan lanjut.


Sumber polis berkata, rahsia penderitaan mangsa terbongkar selepas kanak-kanak itu mengadu kepada guru sekolahnya mengenai kekejaman ibu dan bapa saudaranya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/11


Tiga tahun tidak sebilik

Posted: 10 Jul 2012 03:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas berhadapan dengan pelbagai spekulasi berikutan dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, dekat sini, baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono di sini, semalam.

Lafaz cerai itu diucapkan Salyo pada jam 2.55 petang di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Sasha.

Sasha selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Lebih menarik, Sasha memohon untuk menyerahkan satu nota kepada mahkamah kerana tidak mahu mendedahkan punca kemelut rumah tangga mereka secara terbuka ketika ditanya sebab memfailkan permohonan cerai itu.


"Kalau saya bagi nota pada Yang Arif, Yang Arif boleh baca kan?" tanya Sasha sebelum menyerahkan nota kepada mahkamah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/11


Tiada ulasan:

Catat Ulasan