Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 20 Jul 2012 04:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Enam lelaki dikenali sebagai 'Geng Motorbike Fendi' yang aktif melakukan samun menggunakan taktik melanggar kereta mangsa sebelum menyamun ditahan dalam beberapa serbuan Rabu, kelmarin dan semalam, di sekitar ibu kota. Setakat ini, geng berkenaan terbabit dalam 10 kes. Hasil penahanan itu, polis merampas 29 barangan berharga yang disamun termasuk komputer riba, telefon bimbit dan jam tangan pelbagai jenama yang bernilai RM50,000.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, penahanan anggota geng terbabit dibuat hasil aduan seorang peguam yang menjadi mangsa terbaru geng itu.
"Mereka berpura-pura mahu menyelesaikan masalah itu sebelum mengeluarkan parang menyebabkan mangsa ketakutan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini, semalam.
Susulan aduan itu, Wan Abdul Bari berkata, pihaknya membuat siasatan lanjut dan menahan seorang lelaki Rabu lalu pada jam 6.15 petang di sebuah apartmen di Bandar Sri Permaisuri.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/21 |
Banduan terima enam tahun lagi penjara Posted: 20 Jul 2012 04:58 PM PDT MELAKA: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara empat tahun terpaksa menjalani tempoh hukuman lebih panjang apabila dihukum penjara enam tahun lagi oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencuri, pecah rumah dan memiliki harta curi. Tertuduh, Choo Soon Kooi, 38, dari Tengkera, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Nor Azizah Yusof selepas mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan berasingan dibacakan terhadapnya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 412, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Selain itu, tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki harta curi iaitu empat unit komputer riba jenama Acer dan Lenovo, tiga buah telefon bimbit, sebuah kamera digital dan sebuah pemacu mudah alih milik Lim Siew Cheng, 46.
Mengikut pertuduhan terakhir, Choo didakwa melakukan pecah rumah dan mencuri televisyen Plasma bernilai RM9,000 milik Lok Fung Kiew, 29, di sebuah rumah di KJ 12, Taman Krubong Jaya, pada jam 3 pagi, 2 Februari lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan