Isnin, 2 Julai 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


8 penyamun termasuk 3 wanita ditahan

Posted:

8 penyamun termasuk 3 wanita ditahan

02/07/2012 7:55pm

NIBONG TEBAL — Polis menahan lapan orang termasuk seorang anggota tentera yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mereka ditahan dalam satu operasi khas minggu lepas selepas melakukan samun terhadap tiga lelaki warga Bangladesh di Taman Jawi Ria, di sini pada 26 Jun lepas.

"Hasil maklumat kes samun itu, anggota polis Balai Bergerak Sungai Bakap melancarkan "Ops Kesan" dan mengekori sebuah jenis Honda Jazz yang dinaiki empat lelaki terbabit dan sedang menuju ke arah utara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan (SPS), di sini hari ini.

Katanya dengan bantuan anggota ronda bermotosikal dari Balai Polis Sungai Bakap dan Balai Polis Bukit Tengah, kereta Honda Jazz itu berjaya dikepung di kawasan Perkampungan Juru.— BERNAMA

12 penuntut UiTM ke India untuk projek satelit

Posted:

12 penuntut UiTM ke India untuk projek satelit

02/07/2012 7:20pm

SHAH ALAM — Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menghantar 12 penuntutnya ke Universiti Noorul Islam di Tamil Nadu, India untuk menyertai projek pembinaan dan pelancaran satelit universiti itu.

Naib Canselornya, Datuk Profesor Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, UiTM akan menanggung kos penghantaran semua penuntut Fakulti Kejuruteraan itu, yang berada di sana tiga bulan sehingga Oktober ini bersama penuntut universiti lain dari seluruh dunia.

Beliau berkata, mereka akan berlepas ke India hujung bulan ini.

"Harapan saya ialah supaya penuntut kita akan balik dan mampu membina serta melancar satelit sendiri di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelepasan pasukan UiTM ke pertandingan Shell Eco-Marathon Asia 2012 hari ini.— BERNAMA

Anggota polis cedera parah ditembak

Posted:

Anggota polis cedera parah ditembak

02/07/2012 7:18pm

JOHOR BAHRU — Seorang anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Nusajaya bertarung nyawa selepas ditembak empat kali di luar sebuah pusat hiburan di Nusa Bestari pagi tadi.

Konstabel Snilus Lembik, 24, yang berasal dari Salim, Sibu, Sarawak ditembak apabila seorang lelaki merampas pistolnya dan menembak bahagian perutnya sebanyak empat kali.

Kejadian berlaku kira-kira 4 pagi apabila dikatakan timbul satu pergaduhan antara mangsa dengan lelaki tersebut yang dipercayai mabuk selepas minum di pusat hiburan itu yang terletak di tingkat satu premis berkenaan, ketika berlangsung perlawanan akhir Piala Euro 2012 antara Sepanyol dan Itali.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan