Kosmo Online - Negara |
- Bujang Sebelak hampir ditangkap
- Tiga pelajar USM ditahan polis palsukan sijil akademik
- Lembah Lenggong Warisan Dunia
Bujang Sebelak hampir ditangkap Posted: Bujang Sebelak hampir ditangkapOleh SOPI SAMAILE
SARATOK - Seekor buaya berwarna hitam dipercayai Bujang Sebelak yang dianggarkan sepanjang 4.2 meter dan selebar lebih 0.7 meter hampir berjaya ditangkap oleh pawang tersohor dari Betong, Indet Sanabong di Sungai Sebelak di sini semalam. Bagaimanapun, Indet, 49, gagal menangkap buaya hitam yang telah memakan umpan yang dipasangnya ekoran tali pancing umpan itu terputus ketika menarik reptilia ganas tersebut pada pukul 8 malam. Terdahulu, Indet terpaksa bertarung selama sejam untuk menarik buaya hitam tersebut selepas haiwan itu tersangkut pada kayu dalam dasar sungai lalu menyebabkan tali pancing terputus. "Saya cuba menarik buaya hitam itu dari dalam air selama sejam dengan bantuan seorang penduduk kampung. Selepas beberapa ketika, kelibat buaya itu berjaya dilihat dan ia sangat besar dan berwarna hitam. "Ada penduduk memberitahu bahawa buaya itu yang menyerang isteri kepada ketua Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Siah Munsong, 42, sebelum ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Roban di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Tiga pelajar USM ditahan polis palsukan sijil akademik Posted: Tiga pelajar USM ditahan polis palsukan sijil akademikOleh NOOR HASLIZA NUSI DUA daripada pelajar yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan pemalsuan sijil akademik di Kampar, Perak semalam. GEORGE TOWN - Polis menahan tiga pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) di sebuah rumah di Kampar, Perak selepas dipercayai terlibat dengan sindiket pemalsuan sijil akademik menerusi talian internet semalam. Mereka yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki ditahan sepasukan polis khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan dibawa ke Balai Polis Jalan Patani kira-kira pukul 12 tengah malam. Pelajar yang berasal dari Perak itu berusia antara 24 hingga 26 tahun dan mereka dipercayai tinggal serumah di rumah tersebut. Difahamkan, mereka terlibat dalam sindiket pemalsuan sijil diploma, sijil ijazah sarjana dan sijil ijazah sarjana muda di universiti berkenaan dengan mempromosikannya kepada rakan-rakan melalui laman sosial Facebook. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Lembah Lenggong Warisan DuniaOleh NOOR HASLIZA NUSI PENEMUAN rangka manusia 'Lelaki Perak' di Lembah Lenggong, Perak pada tahun 2001 menarik perhatian dunia. BUKIT MERTAJAM – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf Lembah Lenggong yang terletak di Hulu Perak, Perak sebagai Tapak Warisan Dunia kelmarin. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penemuan rangka manusia purba iaitu 'Lelaki Perak' yang ditemui pada 2001 dan 'Wanita Perak' pada 2004 di kawasan terbabit menarik perhatian UNESCO dalam menyenaraikan kawasan tersebut sebagai tapak warisan dan lokasi pelancongan dunia. "Pengiktirafan itu merupakan satu kejayaan paling membanggakan buat kerajaan dan rakyat Malaysia," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan