Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 02 May 2012 11:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun bukan saja dikurung sejak setahun lalu, malah turut dipukul dengan tali pinggang dan kayu oleh bapanya sehingga menyebabkan kecederaan serius di kepala dan badan. Penderitaan kanak-kanak itu yang didera di sebuah rumah di Taman Desa, di sini, berakhir kelmarin apabila sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat daripada penduduk. Sumber berkata, dalam serbuan jam 1 pagi itu, bapa kanak-kanak terbabit yang berusia 30-an ditahan untuk siasatan lanjut. Menurutnya, laporan polis mengenai penderaan ke atas kanak-kanak itu dibuat wakil penduduk di kawasan berkenaan yang sudah beberapa kali menegur dan memberi peringatan kepada bapa mangsa supaya menghentikan perlakuannya yang tidak bertimbang rasa itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 02 May 2012 11:16 AM PDT SHAH ALAM: Seorang pekerja kedai alat ganti kereta baru selesai bersarapan pagi terkejut sejurus menemui mayat seorang lelaki dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang pada mula disangkakan sedang tidur di hadapan kedainya, di Seksyen 15, di sini, semalam. Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 30-an berkata, selepas menikmati sarapan pagi kira-kira jam 9 pagi di gerai berhampiran dia ingin membuka kedai majikannya namun hairan selepas melihat kelibat seorang lelaki 'tidur' di dalam kenderaan depan kedai itu. Katanya, selepas selesai membuka kedai majikannya, dia tertanya-tanya kerana lelaki berkenaan masih tidur di dalam kenderaan berkenaan sebelum dia menghampiri kenderaan mangsa. "Saya kemudian mengetuk pintu kenderaan dan memanggil mangsa beberapa kali namun tiada sebarang tindak balas daripada mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan