Harian Metro: Setempat |
Posted: 27 May 2012 11:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan pengurusan memotong paip utama sebuah blok rumah pangsa di Taman Sri Bahtera, Jalan Cheras, di sini, atas alasan segelintir penghuninya tidak menjelaskan tunggakan penyelenggaraan sejak Isnin lalu mencetuskan kemarahan penduduk. Penghuni blok terbabit menganggap alasan itu tidak munasabah kerana masalah tunggakan penyelenggaraan tiada kena mengena dengan pemotongan air sehingga menyusahkan mereka.
"Saya terpaksa menadah air hujan untuk membersihkan tandas dan mengambil air dari rumah anak yang menetap berhampiran untuk minum dan masak. Saya juga ulang-alik rumah anak untuk mandi dan mencuci baju," katanya.
Tan Ching Suan, 56, berkata, setiap unit kediaman di rumah pangsa itu dipasangkan meter individu sendiri dan penduduknya membuat bayaran bil kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). "Saya tidak tahu apa kaitan tunggakan penyelenggaraan dengan masalah ini. Sekiranya ada penghuni yang tidak membayar bil air, pihak Syabas tidak sepatutnya memotong meter utama," katanya.
|
‘Di mana-mana pun ada ulat tiket’ Posted: 27 May 2012 11:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Beberapa hari selepas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan arahan melarang pengusaha syarikat bas ekspres terbabit kegiatan ulat tiket, timbul dakwaan mengatakan kebanyakan syarikat beroperasi menggunakan khidmat berkenaan. Tidak hanya untuk memudahkan mereka mencari pelanggan, malah cara itu dipercayai boleh memberi lebih keuntungan kepada pengusaha kerana kadar tambang dikenakan tidak dikawal selain ada antaranya menipu pelanggan dengan menyediakan bas kurang sesuai.
"Di mana-mana pun ada ulat tiket tidak hanya Puduraya Sentral, semua kerana kumpulan ini berniaga dengan niat mengejar keuntungan berlebihan tanpa mengambil kira kepentingan rakan lain yang sama-sama berniaga, tetapi secara telus dan adil. "Itu sebab mereka ambil ulat tiket. Kami sama-sama rakan berniaga, kami tahu. Tetapi, apabila pihak berkuasa buka mulut mengarahkan supaya jangan menggunakan khidmat begini, harapnya mereka dengar dan akur arahan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan