Harian Metro: Setempat |
Posted: 21 May 2012 02:18 PM PDT BRICKFIELDS: Makanan dan minuman percuma. Itu antara tarikan terbaru di lebih lima pusat judi haram yang diserbu pihak berkuasa dalam operasi ke atas 11 premis perjudian Internet di Jalan Sri Sentosa 8A, Taman Sri Sentosa, di sini, semalam. Dalam serbuan dijalankan Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 4.30 petang itu, lima premis dipecahkan berikutan dikunci.
Katanya, pusat perjudian terbabit beroperasi lebih dua bulan dan pernah diserbu sebelum bertukar pengurusan dan mula beroperasi semula.
|
‘Polis’ paksa serah RM12,000 Posted: 21 May 2012 02:01 PM PDT SUNGAI BULOH: Seorang pemandu lori menempuh detik mencemaskan apabila diculik tiga lelaki yang menyamar polis di Kampung Baru, di sini, sebelum dipaksa mengeluarkan wang RM12,000 dari sebuah bank di Pekan Batu 9, Taman Suntex, Cheras, dalam kejadian Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun yang bekerja dihampiri dua lelaki yang mendakwa mereka polis dan menahannya selepas mendakwa dia disyaki terbabit kes jenayah.
"Mangsa dibawa menuju ibu negara dan dituduh melakukan kesalahan. Malah, mangsa juga diperas supaya menyerahkan wang kononnya bagi menyelesaikan kes itu.
"Lelaki terbabit cuba mengeluarkan wang mangsa menerusi ATM di sebuah stesen minyak di Hulu Klang. Namun, hanya memperoleh sejumlah wang dan gagal mengeluarkan semuanya kerana melebihi had pengeluaran.
Katanya, mangsa dibawa ke rumahnya di Cheras dan lelaki terbabit menjemput isteri mangsa sebelum pasangan itu dibawa ke sebuah bank di Taman Suntex.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan