Berita Harian: Nasional |
Pemimpin UMNO diminta buang budaya cantas Posted: 20 May 2012 02:27 PM PDT Nasional DR MAHATHIR bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada pertemuan dengan pemimpin UMNO dan jentera parti seluruh Kedah di Dewan Wawasan Jitra, semalam. Ketika mengulangi nasihat itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata budaya itu jika terus menjadi amalan hanya akan menyebabkan UMNO dan BN menerima nasib sama seperti pada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan kemenangan ramai calon parti lawan. "Kekalahan UMNO akan menjadikan orang Melayu kehilangan kuasa di negara kita sendiri... kita tidak boleh jadi bangsa yang berpecah-belah. Amat penting tenaga yang ada digembleng sepenuhnya.Saya tekankan yang penting bukan siapa jadi calon, yang penting parti menang. Kalau dia turun dengan parachute (payung terjun) ke, turun dengan bom ke, apa ke kita tak kira letak aje dia di situ bukan orang UMNO pun kita sokong... kita nak bagi UMNO menang. - Dr Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri "Saya yakin kita boleh menang jika amalan cantas mencantas dibuang terus dari dalam diri setiap orang UMNO," katanya pada pertemuan dengan pemimpin UMNO dan jentera parti seluruh Kedah di sini, semalam.Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Sebelum pertemuan itu, Dr Mahathir mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ketua UMNO Bahagian negeri ini. Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO berkata, seluruh kepemimpinan dan ahli UMNO perlu menyokong calon parti, termasuk calon 'payung terjun' atau orang di luar parti untuk mewakili BN pada PRU-13 demi kelangsungan BN untuk memerintah negara ini. "Saya tekankan yang penting bukan siapa jadi calon, yang penting parti menang. Kalau dia turun dengan parachute (payung terjun) ke, turun dengan bom ke, apa ke kita tak kira letak aje dia di situ bukan orang UMNO pun kita sokong... kita nak bagi UMNO menang," katanya. Dalam hal ini, kata Dr Mahathir beliau berharap semua Ketua UMNO Bahagian di negeri ini dan pemimpin lain berpegang kepada ikrar mereka untuk taat kepada parti dan pucuk pimpinan, termasuk tidak mengamalkan budaya cantas mencantas jika mereka tidak terpilih menjadi calon. Katanya, ketika perjumpaan tertutup dengan beliau semalam, Ketua UMNO Bahagian terbabit berjanji tidak akan mensabotaj parti jika mereka tidak terpilih sebagai calon. Beliau juga mahu UMNO lebih giat membantu parti komponen, termasuk MCA, MIC dan GERAKAN yang dilihat masih kurang bersemangat akibat kekalahan pada 2008 supaya BN kembali kukuh seperti sebelum itu. Sementara itu, Dr Mahathir turut berpendapat masa yang sesuai diadakan pilihan raya adalah selepas Aidilfitri. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komendrAs Madi kalau gitu, calonkan akulah....aku pon nak rasa jadi yb juga. sepengal pon jadilah... |
UMNO, PAS kena bincang segera demi negara Posted: 20 May 2012 02:20 PM PDT Nasional MUHYIDDIN beramah mesra dengan pasangan pengantin, Mohd Nazri Husain dan Nusaibah sambil diperhatikan bapa pengantin perempuan, Nasharuddin (kiri) pada majlis perkahwinan anaknya di Rumah Kelab Bandar Bukit Mahkota, Bangi, semalam. Katanya, kedua-dua parti itu juga perlu mengetepikan kepentingan politik masing-masing, sebaliknya duduk semeja bagi menghuraikan perkara yang menjadi polemik demi kepentingan negara dan agama. "Pemimpin tertinggi UMNO dan PAS perlu berlapang dada dan mengambil peluang ini untuk mengadakan muzakarah memandangkan ia mendapat persetujuan Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS).(Muzakarah) ini sudah banyak kali tertangguh, saya harap kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) membuka ruang untuk muzakarah mengambil tempat walaupun syarat dikemukakan Tok Guru payah untuk diterima UMNO. - Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS "PAS dan UMNO sebagai parti Melayu dan Islam perlu mengurangkan politiking dan mengadakan muzakarah, bukan saja untuk orang Melayu dan agama Islam, tetapi untuk negara secara keseluruhannya."(Muzakarah) ini sudah banyak kali tertangguh, saya harap kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) membuka ruang untuk muzakarah mengambil tempat walaupun syarat dikemukakan Tok Guru payah untuk diterima UMNO," katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan anak sulungnya di Bandar Bukit Mahkota di sini, semalam. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali. Nasharuddin yakin sekiranya pemimpin utama kedua-dua parti ini bersemuka bagi merungkaikan segala permasalahan mereka, ia akan dapat memperkukuhkan perpaduan serta kekuatan Islam di negara ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan