Kosmo Online - Negara |
Posted: Saham Felda cipta rekodOleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) semalam melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) yang terbesar di Asia pada tahun ini dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook yang membabitkan 2.19 bilion saham. Daripada jumlah itu, FGV selaku operator ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia akan menawarkan 1.92 bilion saham untuk langganan pelabur institusi termasuk 1.5 bilion kepada institusi dan pelabur terpilih tempatan serta asing. Sebanyak 419.54 juta lagi saham kategori itu diperuntukkan untuk institusi Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pada masa yang sama, sebanyak 273.6 juta saham atau 7.5 peratus akan dikhususkan kepada pelabur awam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada 273.61 juta saham untuk langganan pelabur awam itu, sebanyak 200.65 juta saham atau lebih 70 peratus bakal diagihkan kepada peneroka dan kakitangan Felda serta individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan syarikat itu. Menurut beliau, baki 72.96 juta saham lagi ditawarkan kepada orang awam. Katanya, peratus agihan yang tinggi itu membuktikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan menggunakan penyenaraian itu untuk memanipulasikan golongan peneroka sebagai tidak benar. "Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa apa yang kita lakukan ini adalah sebagai menepati amanah yang ditinggalkan oleh ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Isteri peneroka terima RM5,000 pada 7 Julai Posted: Isteri peneroka terima RM5,000 pada 7 JulaiKUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pemberian 'durian runtuh' pusingan kedua sebanyak RM5,000 kepada isteri peneroka Felda yang akan diagihkan pada 7 Julai ini. Tarikh pengagihan itu dipilih sempena sambutan Hari Peneroka dan majlis perasmian Menara Felda di Jalan Stonor di sini. "Untuk round (pusingan) pertama, ketua keluarga telah terima RM5,000, hari ini (semalam) saya ingin umumkan isteri peneroka atau isteri-isteri peneroka pula akan dapat RM5,000 pada 7 Julai ini," kata beliau ketika berucap melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Dewan Perdana Felda di sini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Shahrizat bebas skandal NFCOleh NASRUL FAIZ ABU AZAL KUALA LUMPUR - Panel Penilaian Operasi (PPO), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengumumkan, pihaknya telah menutup siasatan pemberian pinjaman sebanyak RM250 juta kepada Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) melibatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Keputusan tersebut dibuat setelah siasatan PPO SPRM mendapati tiada sebarang unsur salah guna kuasa oleh bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu terhadap syarikat yang dikendalikan ahli keluarganya itu. Pengerusi PPO, Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan terhadap NFC terbahagi kepada dua aspek iaitu siasatan polis dan pembabitan Shahrizat dalam proses pinjaman RM250 juta. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan