Kosmo Online |
- Aktiviti perjudian Internet: 36 ditahan di Sri Rampai
- Penyamun mati setelah terjun ke dalam longkang
- Pendakwaan tutup kes dadah Saiful Apek, 3 rakan
Aktiviti perjudian Internet: 36 ditahan di Sri Rampai Posted: Aktiviti perjudian Internet: 36 ditahan di Sri Rampai22/05/2012 7:23pm KUALA LUMPUR - Seramai 36 orang ditahan di sekitar Taman Sri Rampai di sini dalam 30 serbuan di premis judi Internet sejak awal tahun ini. Jurucakap Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 34 lelaki serta dua wanita, yang merupakan warga tempatan, China dan Indonesia. Beliau berkata, dalam semua serbuan, polis merampas 275 unit komputer yang mempunyai unsur perjudian dan wang tunai RM1,654 disyaki hasil kegiatan haram itu. Katanya, pihak polis akan terus melakukan serbuan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan perjudian di kawasan itu. - BERNAMA |
Penyamun mati setelah terjun ke dalam longkang Posted: Penyamun mati setelah terjun ke dalam longkang22/05/2012 7:07pm KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki maut dipercayai lemas apabila terjun ke dalam longkang ketika melarikan diri setelah terkejut disergah pemilik rumah yang cuba dipecah masuknya, awal hari ini. Dalam kejadian kira-kira 4 pagi, lelaki berumur 29 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang itu cuba memecah siling rumah milik bekas tentera di Jalan Alamanda, Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman, namun perbuatannya itu disedari pemilik rumah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata, pemilik rumah berkenaan yang keluar ke halaman setelah mengesyaki rumahnya cuba dipecah masuk, ternampak kelibat penyamun di atas bumbung. Katanya, pemilik rumah yang merupakan bekas anggota tentera berumur 43 tahun itu menyergah suspek yang menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri dengan terjun dari bumbung rumah berkenaan. "Ketika melarikan diri, suspek terjun ke dalam longkang besar tidak jauh dari rumah itu dan ketika terjun, kepalanya dipercayai terhantuk ke dinding konkrit longkang yang dipenuhi air separas pinggang menyebabkannya terus tenggelam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA |
Pendakwaan tutup kes dadah Saiful Apek, 3 rakan Posted: Pendakwaan tutup kes dadah Saiful Apek, 3 rakan22/05/2012 7:06pm PETALING JAYA - Selepas mengemukakan lapan saksi pada perbicaraan kes dadah pelakon komedi, Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, atau Saiful Apek dan tiga rakannya di Mahkamah Majistret di sini, pendakwaan menutup kesnya hari ini. Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 7 Jun untuk mendengar hujah di akhir kes pendakwaan sebelum memutuskan sama ada semua tertuduh perlu membela diri atau tidak. Saiful Apek, 42; Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, didakwa melakukan kesalahan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad manakala semua tertuduh diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd. Fadli Hashim. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan