Berita Harian: MukaDepan |
4 cadangan CUEPACS - Hargai 630,000 penjawat wanita Posted: 24 May 2012 04:03 PM PDT KUALA LUMPUR: CUEPACS meminta penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hospital swasta dengan cuti tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh berbanding lima sekarang. Kesatuan itu mencadangkan mereka bersalin di hospital swasta yang dilantik sebagai panel oleh kerajaan hanya sehingga kelahiran ketiga dan kemudahan wad kelas pertama hospital kerajaan untuk anak berikutnya. Cadangan itu bertujuan menghargai sumbangan kira-kira 630,000 penjawat awam wanita yang meliputi 45 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam. Ia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan Sistem Saraan Baru (SSM) yang ditubuhkan nanti. "Ketika ini, penjawat awam yang mendapatkan rawatan di hospital swasta perlu menanggung sendiri kos atau menggunakan polisi insurans peribadi. Kerajaan hanya menanggung sepenuhnya kos bersalin di hospital kerajaan. "Penjawat awam wanita juga harus diberi cuti bersalin selama tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh untuk menyuntik motivasi ke arah mencapai sasaran 70 juta penduduk Malaysia. "Kini tidak ramai yang minat menambah bilangan anak kerana beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Jika bersalin lebih daripada lima, mereka terpaksa mengambil cuti tanpa gaji," katanya kepada Berita Harian. Selain itu, CUEPACS meminta kerajaan memperluaskan cuti tanpa rekod 14 hari setahun untuk urusan kecemasan keluarga terdekat, berbanding sekarang hanya untuk urusan mewakili negara atau negeri dalam program tertentu seperti bidang sukan. Omar berkata, semakan mendapati penjawat awam wanita lebih cepat menghabiskan cuti tahunan berbanding lelaki atas pelbagai urusan atau masalah keluarga, terutama mereka yang terpaksa menjaga anak sendirian kerana tinggal berjauhan dengan suami. "Apabila cuti habis, mereka terpaksa berkorban mengambil cuti tanpa gaji bagi urusan kecemasan seperti anak sakit. Masalah ini menjadi keluhan ramai kakitangan wanita dan sering dibangkitkan dalam dialog kami. "Oleh itu, amat wajar cuti tanpa rekod diperluaskan kepada urusan kecemasan membabitkan keluarga terdekat seperti suami/isteri, anak, ibu bapa dan mentua dengan syarat cuti tahunan mereka sudah habis," katanya. Ketika ini, kakitangan awam mendapat cuti tahunan antara 20 hingga 30 hari bergantung kepada gred perjawatan mereka. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenjames Ceupacs hanya asyik minta itu minta ini dengan kerajaan, tapi tiada cadangan yang konkrit bagaimana nak meningkatkan produktiviti penjawat awam, kalau pergi kat kaunter2 kerajaan, staff asyik bersembang, baca paper, layan internet, buat direct selling, jual kuih, ini patut diambil perhatian akma Alhamdulillah...sgt setuju dgn cuti crk 14 hari setahun..cuti bersalin lme2 kn ade guru ganti yg dilantik utk ambil alih tugas guru tersebut.. :) General Juhziz xlarat tanggung tugas cuti bersalin 3bulan, walaupun ade elaun tanggung tugas, aku xsanggup nak tanggung tugas org bersalin sampai 3bulan.. dah le kerja sendiri banyak, ditambah dengan kerja org yg ditanggung. sampai 5anak cukup, gaji penuh.patut bnykkan hospital kerajaan tu lg bagus.. zaleha cuti nak banyak, macam mana hendak menghasilkan
basir setuju dan utk menambah bilangan penduduk M'sia perlu juga memberi keistimewaan kpd penjawat lelaki yg hanya bekerja sendiri dgn memberi elaun khas/biasiswa pendidikan kpd mereka yg anak melebih 5 org memandangkan taraf kehidupan semakin tinggi.
jeffri Terbaikkkk saya setuju sebab kami warga ibu kota tertekan hkl terlalu ramai kelayakkan kelas 2 tapi terpaksa duduk kelas bercampur dgn mcm2 org bkn warganegara saja dah dgn afrikanya , myanmarnya , indonnya mcm2lah sebagai bapa saya rasa cadangan ini patut di buat. Tentang cuti 3bln gaji penuh setuju sangat..dok di KL ni anak kena jaga betul2..bagi depa yg membantah atau nak cuti utk lelaki lepas ni buat operation tukar jantina kalau boleh doa kat tuhan bg blh beranak ok...jgn jadi sengal la..kau org dok luar bandar hospital ok.. rose cadangan ni ada baiknya tapi mesti diperhalusi, jangan sampai enjoy cuti saja tapi produktiviti entah kemana. setengah pekerja kadang-kadang ambil kesempatan atas cuti yang panjang yg diberikan. bagaimmana pula dgn pekerja swasta? adakah mereka ini tidak menyumbang utk negara? sepatutnya keistimewaan ini dipanjangkan kepada semua pekerja kerajaan dan swasta kerana ramai pekerja sektor swasta juga tidak mampu bersalin di hospital swasta. mereka juga ke hospital kerajaan dan cuti tanpa gaji sekiranya bersalin lebih dari 5 kali. minta kerajaan fikir-fikirkanlah kerana setakat ni banyak undang-undang digubal semula hanya berpihak kepada kakitangan kerajaan, dan kakitangan swasta dipinggirkan. jangan lihat kakitangan yg berpangkat tinggi atau bergaji besar, tapi lihat pekerja pertengahan dan bawah. mereka inilah yang banyak memerlukan sumbangan dan keprihatinan kerajaan atau syarikat. NANA SETUJU SGT2....WANITA YANG MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN WAJIB DI BERI LAYANAN ISTIMEWA..TAMBAHAN PULA WANITA YANG BEKERJAYA.BUKAN SENANG NAK MEMIKUL TANGGUNGJAWAB SBG ISTERI DAN WANITA BEKERJAYA...FIKIR2KANLAH.. adrianne pendapat saya, x perlu la nak bersalin kat hospital swasta. kat hospital kerajaan pun dah ok. hamba allah sy sokong 100% cadangan tersebut.. sy bermohon agar Allah membantu mereka..amin.. mohd setuju...tapi kena tambah cuti kawin...4 minggu dengan bergaji. memudahkan pasangan berbulan madu. tak perlu ambil cuti tahunan. iman xbrape sokong.gov perlu teliti betul2 sebelum buat kputusan,cuti lama2 tpi productivity xberkesan... hafiez Cadangan yang bagus. Tetapi kalau cuti terlalu lama akan mengurangkan produktiviti kerja. Kami staff awam yang lelaki ini akan menjalankan 2 kerja dalam sekaligus dimana terpaksa cover kerja wanita2 yang bercuti lama ini. Sudahlah kene cover, tidak dibayar elaun pulak.. pikirkan lah... :) maria mahat terima dengan hati terbuka.....kalau betul apa yg d cadangkan jadi kenyataan alhamdullillah..... Rahman permintaan yang melampau akan menindas rakyat Roner pd sy ianya baik tp jgnla pla smpi 7 anak, 5 dh kira ok la. tp rules ini amat baik, bagaimna pn ct tanpa rekod 3 hr kebajikan Mohd Redzham Bin Salleh Setuju dengan 'mantop'... Cuti 7 hari mungkin tak cukup untuk penjawat awam lelaki menguruskan isteri yang baru bersalin...
ipoh pohon suami diberi tempoh lawatan lebih lama atau tanpa had untuk bersama isteri di Hospital Kerajaan zack kenapa nak pegi hospital swasta, hospital kerajaan tak bagus ke Omar Osman???...orang yg kerja swasta ni kerja lagi teruk, gaji tak besar mana, besalin pun hospital kerajaan je...fasiliti hospital kerajaan pun ok juga, terutama hospital yang baru... sabak Kemudahan sekarang sudah mencukupi dan rasanya Kerajaan (wang rakyat) tak seharusnya dibebankan utk penjawat awam wanita melahirkan anak di hospital swasta. Lagipun hospital-hospital kerajaan sudah mempunyai perkhidmatan bersalin yang mencukupi. Kakitangan awam wanita yang kerap bersalin sebenarnya membebankan kakitangan lain menjalankan tugasnya yang berbulan-bulan tiada dipejabat termasuk cuti tanpa gaji tambahan yang diambil & ini akan menjejaskan prestasi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat yang telah dijanjikan oleh kerajaan. Pilihan harus dibuat oleh setiap keluarga samada kaum ibu yang berkaitan ingin menumpukan kepada kerjaya atau menjadi suri rumah sepenuh masa. baizura beruntungnya anda wahai petugas awam, dgn adanya kelebihan ini, tlgla buat kerja dgn sehabis baik...
REN Penjawat awam lelaki turut patut mendapat faedah daripada cadangan ini, sebab isu ini turut melibatkan institusi keluarga dimana bukan melibatkan kaum wanita sahaja. mantop Perlu hargai juga penjawat awam lelaki. Cuti tanpa rekod utk penjawat awam lelaki bila isteri bersalin 7 hari jer....Bg la cuti 2 minggu@sbulan ke...Ni tak asyik penjawat awam perempuan jer yg mendapat keistimewaan lebih.... jee setuju....tp 5 anak cukup dah....rasa saya xde dah yg nak beranak ramai2...bukan apa gaji pun x cukup nak tanggung upah pengasuh..... nasrul ni tidak adil.. cukup la ank ke 5 ja.. M Ridzman kalau cuti lama sgt pon nnt produktiviti syarikat berkurangan...kalau syarikat takde pekerja gantian yg sama buat kerja bagaimana pula..terpaksa la mengambil pekerja sementara...terpaksa juga belajar dari bawah semula melainkan mempunyai staf yang ramai... azean cadangan yang bagus tuk kakitangan awam wanita seperti saya Faizal Penjawat Awam wanita je ke dihargai? Penjawat Awam lelaki nak letak di mana? ke buat kerja sia-sia je? zakaria suboh x ada komen aina saya menyokong penuh usul ini santi saya tidak setuju cadangan ini kerana apabila mereka cuti salin siapa nak buat kerja mereka???, cukup sehingga 5 anak sri siantan cantek...! gua sokong 200% nanaidz 100% sgt bersetuju.. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan