Sabtu, 19 Mei 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Malaysia, negara OIC perlu hasilkan farmakopia halal

Posted: 19 May 2012 03:25 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Malaysia dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bekerjasama menghasilkan farmakopia halal sebagai rujukan dalam pengeluaran ubat bagi pengguna umat Islam di seluruh dunia.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Zhari Ismail, berkata sehingga kini hanya lima negara iaitu Arab Saudi, Indonesia, Thailand, Filipina dan Britain yang menghasilkan farmakopia halal sebagai garis panduan dalam pengeluaran ubat-ubatan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Konsep Halal dan Islam di dalam Ubat-Ubatan Menurut Perspektif Malaysia' pada Persidangan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM): 'Perubatan dan Kesihatan Halal Berkonsepkan Islam 2012' di sini. Persidangan dua hari itu yang bermula hari ini dirasmikan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Zhari berkata, rujukan kandungan ubat-ubatan yang terdapat di pasaran negara boleh dilakukan melalui Indeks Halal yang dijual di pasaran hasil kerjasama USM dan swasta.

- BERNAMA


Serena tarik diri, Li mara ke final

Posted: 19 May 2012 02:57 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]ROM: Pemain pilihan kejohanan, Serena Williams, menarik diri daripada Terbuka Itali berikutan kecederaan pada bahagian belakang, menurut WTA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan