Harian Metro: BeritaUtama |
Peragut ‘tarik’ nyawa ibu Posted: 18 May 2012 11:36 AM PDT KUALA LUMPUR: "Lelaki itu tiada hati perut dan dia pembunuh," kata Kum Kook Soon, 39, yang kehilangan ibu tersayang selepas wanita itu maut akibat cedera parah di kepala selepas terjatuh motosikal angkara kerakusan seorang peragut di Jalan Chow Sow Lin, di sini, pagi semalam. Kejadian berlaku ketika Kum yang menunggang motosikal manakala ibunya, Chiew Kan Seng, 66, membonceng dalam perjalanan dari rumah mereka di Alam Damai, Cheras ke Pasar Imbi untuk berniaga yong tau fu. Kum berkata, bukan setiap hari ibunya mengikutnya berniaga, tetapi semalam wanita itu menyatakan hasrat ingin menemaninya sebelum mereka berdua keluar rumah jam 6 pagi. Menurutnya, ketika mereka menghampiri bulatan di Jalan Chan Sow Lin, muncul sebuah motosikal Honda EX5 ditunggangi seorang lelaki yang kemudian cuba merampas beg tangan ibunya yang diletakkan di tengah tempat duduk.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
‘Kami mampu cemerlang’ Posted: 18 May 2012 11:22 AM PDT KUCHING: "Saya mahu menjadi pakar psikologi bagi membantu masyarakat Penan dan membuktikan orang Penan juga mampu cemerlang seperti kaum lain," kata Lerroy Lemen, 18, daripada kaum Penan yang menerima biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB), semalam. Penganugerahan itu diberikan selepas Lerroy mencatatkan keputusan cemerlang iaitu 6A, 1B dan 1C dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini. Lerroy antara 15 pelajar Bumiputera Sarawak mendapat biasiswa YPPB yang jumlah keseluruhannya bernilai RM158 juta.
Mengimbas kisah di sebalik kejayaan diraihnya, Lerroy berkata selepas tamat sekolah rendah, dia terpaksa meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah di Bario sehingga tingkatan tiga.
"Bagi memenuhi cita-cita saya, langkah pertama ialah mendaftarkan di Kolej Taylor di bawah program prauniversiti Kanada yang bermula Julai ini. Saya dibesarkan dalam kehidupan 'survival', berdikari demi kelangsungan hidup dan memahami betapa sukarnya kehidupan di kampung.
Biasiswa itu memberi peluang kepada pelajar SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang meraih keputusan cemerlang dari kawasan pedalaman melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang pilihan masing-masing.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan