Isnin, 21 Mei 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Adi Putra tak jadi cerai

Posted:

Adi Putra tak jadi cerai

Adi Putra tak jadi cerai

Oleh WAZIHA WAHID
dan HARYATI KARIM
berita@kosmo.com.my

ADI PUTRA dan Zuhaidah ketika melancong di luar negara sebelum ini.


KUALA LUMPUR - Pelakon Adi Putra dan isteri mengambil keputusan untuk menarik balik permohonan cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas sepuluh hari kes itu difailkan pada 11 Mei lalu.

Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, dan Zuhaidah Yusof, 37, yang datang bersama-sama ke mahkamah menyerahkan sendiri notis penarikan balik di kaunter mahkamah mengikut Subseksyen 95(1)) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Pasangan itu hadir ke mahkamah seawal pukul 7.30 pagi untuk menghantar notis tersebut kerana mereka disyaratkan berbuat demikian sebelum kes itu disebut di hadapan Hakim Syarie Mohd. Suhaily Rosdi pada pukul 8.30 pagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Awal ganti Dira jadi pengacara Melodi

Posted:

Awal ganti Dira jadi pengacara Melodi

Awal ganti Dira jadi pengacara Melodi


AWAL


KUALA LUMPUR - Aktres dan pengacara, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar kini secara rasmi mengundur diri sebagai pengacara program sensasi Melodi bersama Zizan Razak dan tempatnya digantikan oleh pengacara, Awal Ashaari bermula pada Jun ini.

Berita tersebut disahkan oleh pihak penerbitan Melodi menerusi e-mel yang dikirimkan kepada Kosmo! semalam.

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar, pemilihan Awal dibuat selepas perbincangan dan keserasian yang dapat dilihat antara Awal dan Zizan.

"Pertukaran muka hadapan Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan.

"Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

UiTM sedia 10,000 tempat

Posted:

UiTM sedia 10,000 tempat

UiTM sedia 10,000 tempat


SAHOL HAMID (tengah) bergambar bersama ibu bapa dan pelajar Program Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia di Tanah Merah, Kelantan semalam.


JELI - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia menawarkan tempat kepada pelajar yang gagal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi satu program khas dinamakan "Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia" yang diadakan di seluruh negara.

Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, menerusi program itu yang diadakan di sembilan buah negeri setakat ini, universiti berkenaan menawarkan hampir 4,000 tempat kepada pelajar yang memenuhi syarat minimum kemasukan.

Beliau berkata, pelajar terpilih akan mengikuti kursus selama 16 minggu di kampus cawangan universiti itu di seluruh negara sebelum ke program diploma sepenuhnya di UiTM.

"Kita sedia tawarkan 10,000 tempat bagi pelajar mengikuti pengajian di peringkat pradiploma selama 16 minggu terlebih dulu di kampus cawangan UiTM seluruh negara.

"UiTM dengan kerjasama Gerakan Destini Anak Bangsa akan turun padang melihat pelajar yang tidak mendapat tempat bagi melanjutkan pelajaran ke IPTA dan mencari dan membantu mereka dalam kalangan keluarga miskin yang tidak mampu membiayai pengajian," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan