Harian Metro: Mutakhir |
Pengawal keselamatan dihukum penjara kerana cederakan anak Posted: 30 May 2012 03:37 AM PDT JOHOR BAHARU: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan anak lelakinya, pada 20 Mei lalu. Zainudin Hassan, 51, didakwa dengan sengaja mencederakan Muhammad Afiq, 22, dengan menggunakan sebilah pisau di rumahnya di Nombor 55, Jalan Dahlia 19, Taman Dahlia, di sini, kira-kira jam 10 malam, pada hari tersebut.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda atau sebat, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Majistret, Hafizah Johor Arif Johor memutuskan tertuduh menjalani hukuman itu mulai dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.
|
Warga Mesir dipenjara dua bulan kerana mencuri Posted: 30 May 2012 03:09 AM PDT PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Mesir dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku mencuri barangan keperluan dapur bernilai RM640.41 dari sebuah pasar raya di Sunway Pyramid, April lepas. Ahmed Mohammad, 36, seorang tukang masak di sebuah hotel di sini, dihukum penjara dua bulan selepas mengaku memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Majistret Ahmad Solihin memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak mulai tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 9 April, dan mengarahkan Ahmed dihantar pulang ke negara asalnya selepas selesai menjalani hukuman. Ahmed didakwa melakukan kesalahan pertama di Pasaraya Jusco, Sunway Pyramid pada jam 3.40 petang, 9 April lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan