Selasa, 29 Mei 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Kerabat diraja Johor tidak ambil duit kerajaan

Posted:

Kerabat diraja Johor tidak ambil duit kerajaan

Kerabat diraja Johor tidak ambil duit kerajaan

29/05/2012 10:01pm

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak mengambil duit daripada kerajaan sejak Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

Baginda berkata, perkara itu boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman atau mana-mana pegawai kerajaan.

Baginda berkata demikian dalam Twitternya semalam sebagai menjawab kritikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung laporan bahawa Sultan Johor memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000.

Mohammad Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

"Duit yang diperuntuk kepada ayahanda saya (Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar) dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

"Tujuan yayasan itu (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) ialah untuk rakyat dan bagi membantu kerajaan negeri Johor," kata baginda.

"Saya sendiri, semasa menjadi Raja Muda, tidak pernah mengambil satu sen dari kerajaan sehingga hari ini. Ia adalah duit rakyat. Jadi sebelum anda membuka mulut, selidik dahulu," tegas baginda. – BERNAMA

JAIS serbu syarikat penerbitan, tahan pengarah

Posted:

JAIS serbu syarikat penerbitan, tahan pengarah

JAIS serbu syarikat penerbitan, tahan pengarah

29/05/2012 9:59pm

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menyerbu sebuah syarikat penerbitan di Petaling Jaya dan menahan pengarah syarikat itu berhubung penerbitan dan pengedaran buku "Allah, Kebebasan dan Cinta" tulisan Irshad Manji, yang diputuskan pihak berkuasa bertentangan dengan ajaran Islam.

Pasukan 20 anggota penguat kuasa JAIS menyerbu premis syarikat penerbitan yang terletak di Merchant Square, Petaling Jaya pada kira-kira 11.30 pagi serta merampas 180 naskhah buku berkenaan.

Pemangku Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan pengarah syarikat penerbitan itu untuk siasatan.

Pengarah syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 16(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor berhubung penerbitan bertentangan hukum syarak, katanya.

Pengarah syarikat itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan RM1,800 oleh seorang penjamin penjawat awam hari ini setelah diputuskan oleh Hakim Shahrudin Selamat dalam kamarnya di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Susulan itu, Mohd Shahzihan berkata, mahkamah telah memberi tempoh dua bulan kepada JAIS untuk menyiapkan laporan berhubung dakwaan ke atas pengarah syarikat penerbitan itu. – BERNAMA

Warga emas maut, isteri cedera ditetak gadis

Posted:

Warga emas maut, isteri cedera ditetak gadis

Warga emas maut, isteri cedera ditetak gadis

29/05/2012 9:57pm

MUAR – Seorang lelaki warga emas maut, manakala isterinya cedera setelah ditetak seorang gadis dipercayai mengalami kemurungan, di sebuah rumah di Kampung Parit Kerinchi, Bukit Gambir, Ledang hari ini.

Mohd Reduan Haron, 73, yang cedera parah di kepala dan bahagian belakang disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Isterinya, Juriah Dimiyati, 61, yang menerima tiga tetakan di bahagian kepala dimasukan ke hospital yang sama dan keadaannya dilapor stabil.

Difahami kejadian berlaku pukul 10 pagi, apabila gadis yang berusia 22 tahun itu datang dan menendang pintu rumah pasangan warga emas berkenaan sebelum menjerit mengatakan seorang lelaki mahu merogolnya.

Suspek yang berasal dari Kampung Sawah Ring dan tinggal bersama kakaknya di kampung itu sejak tiga hari lepas, kemudian mencapai dua bilah parang dan melibas ke kiri dan kanan sambil menjerit-jerit.

Reduan cuba merampas parang terbabit namun berjaya dielak suspek yang kemudian bertindak menetak mangsa bertubi-tubi sebelum menyerang isteri mangsa sebelum diselamatkan jiran yang terdengar jeritan mereka. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan