Rabu, 23 Mei 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Hidup kaya dosa

Posted: 22 May 2012 01:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Tak pernah saya lihat ibu menangis seperti itu hanya kerana mempunyai anak tak berguna seperti saya. Saya berasa diri ini begitu bodoh kerana mengikut kata teman lelaki yang mahu berseronok.

"Bukan saja perlu menjaga anak-anak seorang diri, saya terpaksa menanggung kehidupannya (teman lelaki) kerana dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya menghabiskan masa dengan tidur di rumah," kata Noni, 26 yang kini hamil anak keempat hasil hubungan luar nikah dengan teman lelakinya.

"Sejak dua bulan lalu saya tidak lena tidur memikirkan dosa-dosa saya yang terlanjur dengan teman lelaki sehingga melahirkan tiga anak. Saya sedar semua ini salah, tetapi saya harap diberikan peluang kedua.

"Disebabkan kesempitan hidup, saya menyerahkan mereka kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menyara kehidupan mereka tambahan pula hidup sendiri pun tidak terurus," katanya yang menyerahkan tiga anaknya kepada keluarga angkat termasuk yang dikandung kepada sebuah pertubuhan hasil hubungan terlarang sejak enam tahun lalu.


Noni ditemui ketika membuat aduan kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Muhd Khairul Hafiz Abdullah di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Penghuni terakhir

Posted: 22 May 2012 01:46 PM PDT

KUALA LIPIS: Memang aneh apabila sebuah perkampungan yang pernah dihuni ratusan orang, kini sunyi sepi dan hanya tinggal dua beradik yang sudah mencapai usia emas masih setia mendiami kampung berkenaan.

Kampung Pagar di daerah ini pernah melahirkan ramai tokoh terkenal tanah air seperti bekas Menteri Luar, Allahyarham Tun Ghazali Shafie atau lebih dikenali sebagai 'King Ghaz' serta seorang pembesar Pahang, Kadi Ibrahim, namun seorang demi seorang penduduknya mengambil keputusan berpindah terutama selepas banjir besar pada Januari 1971.

Selepas 1971, hanya tinggal Osman Ibrahim, 79, dan adiknya, Yaakob, 68, masih setia bermastautin di Kampung Pagar walaupun rumah mereka tiada kemudahan elektrik dan air paip.

Jika dulu, Kampung Pagar tidak ada bezanya dengan perkampungan lain di negara ini tetapi kini, sebahagian besarnya sudah boleh dianggap hutan rimba dan hanya kelihatan struktur bangunan masjid Kampung Pagar bagi membuktikan ia pernah didiami penduduk satu ketika dulu.


Kampung Pagar pernah didiami 235 penduduk, namun banjir besar memusnahkan hampir keseluruhan kampung berkenaan hingga memaksa penduduk berpindah ke seberang sungai selepas Rancangan Penempatan Semula Banjir Kampung Pagar (RPSB) diwujudkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan