Khamis, 24 Mei 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Jeneral’ umpan cinta

Posted: 23 May 2012 03:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Tak sanggup lihat ibu ditipu lagi," kata seorang lelaki mengenai ibunya yang terjebak dengan sindiket penipuan Afrika sehingga kerugian lebih RM5 juta dan kehilangan pelbagai harta benda.

Lelaki dikenali sebagai Zam, 30, berkata, dia membuat laporan polis mengenai perkara itu pada September tahun lalu dan sangat bersyukur selepas mendapat tahu kejayaan polis menahan 16 individu dipercayai anggota sindiket Afrika yang terbabit menipu ibunya, tiga hari lalu.

"Saya mula mengesyaki sikap ibu yang berubah sejak dua tahun lalu selepas berkenalan dengan seorang lelaki kononnya pegawai tentera berpangkat 'jeneral' dari Amerika Syarikat yang pernah bertugas di Iraq melalui laman sembang di Internet.

"Ibu sering mengeluarkan wang simpanannya dalam jumlah yang banyak dengan alasan mahu melabur dalam perniagaan dijalankan pegawai tentera terbabit.


"Menyedari kewujudan sindiket penipuan warga Afrika yang berleluasa di Malaysia ketika itu, saya cuba menasihati ibu berkali-kali, namun dia tetap mempercayai lelaki terbabit," katanya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Meracau mabuk dadah pecah

Posted: 23 May 2012 03:19 PM PDT

MELAKA: Tindakan berani mati seorang keldai dadah warga Nigeria menelan puluhan kapsul dadah disyaki heroin yang dibalut di dalam kondom untuk diseludup ke negara ini, nyaris meragut nyawanya apabila bahan haram itu dipercayai pecah di dalam perutnya hingga menyebabkan dia meracau teruk di tepi jalan di Melaka Perdana, dekat sini, awal pagi semalam.

Menurut sumber, kelicikan lelaki berusia 33 tahun itu berjaya melepasi pemeriksaan kastam dan kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak bertahan lama apabila diberkas polis di negeri ini.

Sumber berkata, sebelum itu suspek bersendirian menaiki teksi dari KLIA dan tiba di Melaka Sentral kira-kira jam 10 malam.

Katanya, ketika hendak membayar tambang, suspek memberitahu pemandu teksi dia tidak mempunyai wang dalam Ringgit Malaysia (RM) dan mahu menukar mata wang asing di Melaka Sentral.


"Bagaimanapun, pengurup wang enggan menerima tukaran mata wang asing sebelum suspek bertindak melarikan diri menyebabkan pemandu teksi membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh untuk tindakan lanjut," kata sumber.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan