Khamis, 24 Mei 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Buku Irshad Manji haram

Posted: 23 May 2012 11:52 AM PDT

MukaDepan

PENGUAT kuasa JAWI merampas buku Irshad Manji dalam operasi sekitar ibu negara, semalam. - Foto Rosdan Wahid

PENGUAT kuasa JAWI merampas buku Irshad Manji dalam operasi sekitar ibu negara, semalam. - Foto Rosdan Wahid

Kandungan berunsur liberalisme, bertentangan dengan ajaran Islam: JAKIM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan tulisan Irshad Manji dalam buku Allah, Kebebasan dan Cinta bertentangan dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, JAKIM mengemukakan perakuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin meminta penjualan buku karya warga Kanada kelahiran Uganda itu diharamkan.

Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata keputusan itu diambil selepas kajian mendapati ia mengandungi unsur liberalisme dan boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.

"Penelitian JAKIM juga mendapati Irshad cuba mempengaruhi pembaca supaya menggunakan akal secara bebas dalam mentafsir perkara berkaitan agama," katanya semalam.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi mengesahkan KDN menerima perakuan JAKIM berhubung buku itu dan sedang menelitinya.

"Saya sudah meminta pegawai bahagian penerbitan meneliti perakuan serta penjelasan JAKIM. Ada beberapa proses perlu dibuat tetapi tindakan akan diambil secepat mungkin. Saya menunggu laporan dan pasti mereka beri perhatian kerana ini membabitkan kepentingan awam.
"Berdasarkan prosedur, KDN memastikan buku yang diharamkan tidak lagi dijual dan kedai buku lazimnya bertanggungjawab," katanya.

Buku Irshad diterjemahkan daripada versi bahasa Inggeris dan dilancarkan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang Irshad mengadakan sebarang program, forum atau ceramah di negeri itu, termasuk program di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Monash, di Bandar Sunway pada 18 Mei lalu.
Program dijadualkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dibatalkan.

Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi merampas empat buku versi bahasa Inggeris bertajuk Allah Liberty & Love – Courage To Reconcille Faith & Free-dom dan tiga terjemahan bahasa Melayu yang diterbitkan syarikat tempatan dalam operasi di ibu negara.

Sepasukan pegawai dan anggota bahagian penguat kuasa JAWI menyerbu kedai buku di sebuah pusat beli-belah di Bangsar jam 8.45 malam hasil maklumat risikan dan aduan awam.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Penguatkuasaan) JAWI, Wan Jaafar Wan Ahmad, berkata pihaknya turut mengarahkan pengurus cawangan kedai berkenaan dan seorang pekerjanya hadir di pejabat jabatan untuk membantu siasatan.

"Ini cuma sebahagian saja. kami tidak menolak kemungkinan ada banyak lagi buku itu dalam pasaran dan sedang mengesan kedai yang menjualnya.

"Kami menerima maklumat sekurang-kurangnya 500 buku edisi terjemahan sudah dicetak," katanya.

Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan iaitu menghasilkan penerbitan yang bercanggah hukum syarak, selain menjejaskan kesucian Islam dan institusinya.

Mengikut akta itu, pihak yang mencetak, menerbit, mengedar, menjual atau memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tinjauan Berita Harian di kedai berkenaan mendapati buku edisi bahasa Inggeris dijual RM57.60 senaskhah, manakala bahasa Melayu RM60 senaskhah.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Basar

Bagus dan tepat, buku dah haram orangnya pun diharam datang ke malaysia

tidak cukup dgn tindakan pengharaman,apa kata kalau jakim atau majlis mufti panggil si irshad manji utk berbincang/berhujah berkenaan isu2 dlm buku tulisannya, so dari situ blh diperbetulkan apa2 pandangan dia yg dirasakan silap dan mencari kebenaran.

zaimi mn

Bahan bacaan yang mempengaruhi pembaca supaya menggunakan akal secara bebas dalam mentafsir perkara agama, akan meruntuhkan agama Islam yang benar sebagaimana dibawa oleh Rasulullah. Inilah yang sentiasa diusahakan oleh musuh-musuh Islam sejak dulu.

m.fadzil

cepat2 nanti terlambat.....

Juliet55

Apa yang paling penting adalah pemantauan, penguatkuasaan dan hukuman yang berterusan serta konsisten.Tahniah kepada JAKIM dan KDN.

din

saya harap kerajaan malaysia black list nama tak boleh masuk malaysia lagi....

braintrust

Baru nak ambil tindakan ke. Kenapa sebelum ini tidak dibuat. Bukan kah penulisan dahulu "The Trouble with Islam Today" sudah menunjukkan segala-galanya. Sedangkan Erykah Badu bertatu ALLAH pun kita larang dengan segera, inikan pula warkah perosak agama yang mengambil masa yang lama. Perlukan kita sentiasa terhantuk agar keamanan agama kita dipelihara. Bukan kita tidak tahu siapa Irshad Manji itu sendiri, pendokong kuat liberalisme, bebas melakukan segala-galanya tanpa ada batasan...

KZ

Apakah tindakkan susulan pihak2 berkenaan ie UMNO, PAS, NGO .... Dlm menangani isu ini. Bagaimanakah utk mengelak ini berlaku lagi di masa hadapan?

Yangretibase

Tahniah, Jakim. Dan tolong haramkan juga buku yang sangat tebal itu yang mengandungi fitnah dan pembohongan.

sulaiman co

Inilah antara dajal yang muncul diakhir zaman. Hanya fikiran berlandaskan iman dan keyakinan yang boleh 'membunuh' manusia seperti itu.

pak cik din

Buku2 sprt ini mmg patut diharamkn kerana ia boleh meracun fikiran pembaca lebih2 lagi anak2 muda yg cetek pengetahuan agamanya.

Jun

Kenapa KDN lambat sangat bertindak? Sepatutnya hal yang berkaitan akidah macam ni awal-awal lagi KDN ambil tindakan. Peka la betul-betul Menteri KDN.

Erynna

mereka ini semakin melampau. sebagai negara islam. institusi kerajaan dan Raja2 patut ambil serius perkara ini. manusia seperti manji dan ambiga tidak boleh ada dalam Malaysia. sebab mereka2 nii berniat untuk merosakkan pemikiran rakyat Islam dan berniat menimbulkan huru hara dalam Malaysia. Mereka ini patut disekat kemasukannya. Please take this matter seriously!
x rugi pun jika mereka ini tidak ada di kalangan kita

sfa

belum terlambat lagi utk ambil tindakan. kena berusaha lebih la sikit nak kesan buku-buku tu.

BANDUT

DAH TERLAMBAT AMBIL TINDAKAN. SEPATUTNYA MAKNUSIA SEPERTI INI DILARANG MASUK KE NEGARA INI KERANA KITA DAH TAHU NIAT DIA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan