Selasa, 22 Mei 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Tiga penculik Nayati didakwa

Posted:

Tiga penculik Nayati didakwa

Tiga penculik Nayati didakwa

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my

TEMPAT kejadian di mana Nayati diculik kira-kira 50 meter dari sekolahnya di Mont Kiara International School di Jalan Kiara 1, Mont Kiara, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Tiga pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menculik seorang budak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000 pada 27 April lalu.

Tertuduh, Foong Khar Fai, 19, Chong Tat Siong dan Lee Phak Seng masing-masing berusia 24 tahun hanya mengangguk kepala ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Tat Siong merupakan seorang peniaga manakala Khar Fai bekerja di sebuah kedai telefon bimbit.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh bersama seorang lagi suspek yang masih bebas didakwa menculik Nayati, 12, di hadapan Mont Kiara International School di Jalan Kiara 1, Mont Kiara, Brickfields pada pukul 7.30 pagi, 27 April lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kerajaan bertekad bantu rakyat

Posted:

Kerajaan bertekad bantu rakyat

Kerajaan bertekad bantu rakyat


NAJIB menyerahkan replika kunci rumah baharu kepada Yong King (kiri) semasa lawatannya ke Pulau Pinang
bulan lalu.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mempunyai tanggungjawab moral untuk membantu rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan atau mereka yang memerlukan sedikit bantuan.

Perdana Menteri berkata, memenuhi tanggungjawab itu merupakan penanda bagi masyarakat yang bertamadun.

Beliau menjelaskan perkara itu dengan mengimbas kembali pertemuan beliau dengan seorang penganggur, Teoh Yong King yang rumahnya musnah dalam kebakaran ketika melakukan lawatan ke Nibong Tebal, Pulau Pinang bulan lepas.

Najib berkata, Yong King dan keluarganya terpaksa menumpang di sebuah kuil sejak tiga bulan lalu dan kerana tidak mempunyai pekerjaan, dia tidak mampu untuk mencari kediaman baharu bagi keluarganya.

"Walaupun pada mulanya usahanya untuk mendapatkan bantuan tidak membuahkan hasil, dia tetap tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mencari penyelesaian bagi masalahnya," kata beliau menerusi entri terbaharu dalam laman blog www.1Malaysia.com.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

DAP P. Pinang tidak adil

Posted:

DAP P. Pinang tidak adil

DAP P. Pinang tidak adil

JOHOR BAHRU - Kegagalan DAP yang menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menyediakan projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen menunjukkan ia bukan parti yang adil, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

"DAP kata dia parti demokratik, parti adil, (malangnya) tidak memberikan perhatian yang setimpal antara kepentingan semua kaum.

"Ini suatu perkara yang bagi saya tidak sepatutnya berlaku," katanya selepas merasmikan Pusat Promosi Perkayuan Malaysia-Galeri Glulam di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan