Jumaat, 25 Mei 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Kerajaan kena belanja RM1 bilion

Posted:

Kerajaan kena belanja RM1 bilion

Kerajaan kena belanja RM1 bilion

PEMBABITAN pelajar lepasan SPM menyertai PLKN akan membabitkan kos hampir RM1 bilion setiap tahun. – Gambar hiasan


BAGAN DATOH – Cadangan mewajibkan semua pelajar lepasan sekolah menengah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diteliti sebaik mungkin kerana ia membabitkan kos hampir RM1 bilion setiap tahun.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM260 juta bagi melatih 120,000 pelatih pada setiap tahun.

"Kalau kita bersetuju dengan cadangan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) ini, ertinya kita akan membelanjakan empat kali ganda untuk melatih 500,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di PLKN," katanya selepas merasmikan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SM) Parlimen Bagan Datoh di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Pengerusi MLKN, Datuk Dr. Tiki Lafe supaya pelajar lepasan sekolah menengah menyertai PLKN.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kanak-kanak luka seluruh badan dipercayai didera

Posted:

Kanak-kanak luka seluruh badan dipercayai didera

Kanak-kanak luka seluruh badan dipercayai didera


KANAK-KANAK malang yang menjadi mangsa dera masih mengalami trauma di HRPB, Ipoh semalam.


IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami kesan gigitan dan luka di seluruh badannya dipercayai akibat didera di rumah mereka di Chui Chak, Langkap dekat sini.

Kanak-kanak malang itu dibawa ke klinik apabila bapa mangsa mendapati anaknya mengalami keguguran rambut dan apabila diperiksa kanak-kanak berkenaan mempunyai kesan lebam, luka dan gigitan di seluruh badannya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie yang melawat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini berkata, kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada 19 Mei lepas untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Pada tubuh kanak-kanak itu ada luka lama dan baharu. Ibu saudaranya selama ini tidak perasan kesan luka berkenaan kerana kanak-kanak itu selalu dipakaikan baju berlengan panjang dan seluar panjang.

"Ini dipercayai dilakukan supaya orang lain tidak sedar kesan luka itu," katanya di HRPB semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Masih guna kad pengenalan lama

Posted:

Masih guna kad pengenalan lama

Masih guna kad pengenalan lama

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my


Mek Mastura Ismail (kanan) menunjukkan kad pengenalan lamanya di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian, Kelantan semalam. Di sebelahnya ialah Azlina.


KOTA BHARU – Ketika majoriti rakyat negara ini sudah lama menggunakan MyKad, seorang warga emas di Wakaf Stan di sini agak ketinggalan apabila masih menggunakan kad pengenalan lama bagi sebarang urusan.

Tidak seperti MyKad yang mempunyai cip, kad pengenalan lama itu yang memaparkan cap ibu jari tangan pemilik di kiri dan kanan kad yang sepatutnya ditukar dengan MyKad pada tahun 2001.

Belum menggantikannya dengan MyKad seperti yang diperuntukkan undang-undang, Mek Mastura Ismail, 61, mendakwa masalah kesihatannya serta kesempitan hidup menyebabkan dia gagal berbuat demikian.

Meskipun begitu, kad pengenalan warga emas itu yang berusia lebih 40 tahun masih berkeadaan baik.

"Bukan saya tidak mahu menukarnya tetapi masalah kesihatan menyebabkan saya tidak boleh menukarnya.

"Lagi pun hidup susah, duit tidak berapa ada untuk ke pejabat pendaftaran terdekat,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Stan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan