Berita Harian: MukaDepan |
Perhimpunan BERSIH 3.0: Anwar, Azmin hadapi 2 tuduhan Posted: 21 May 2012 11:52 AM PDT MukaDepan DARI kiri; Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin. Tuduhan 1: Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012, iaitu menganjurkan atau menyertai suatu protes jalanan. Boleh dihukum denda maksimum RM10,000.Peguam SN Nair, ketika dihubungi, berkata writ saman dihantar ke pejabat anak guamnya di Ibu Pejabat PKR di Damansara dan Anwar memaklumkan akan hadir ke mahkamah. Sumber Pejabat Peguam Negara mengesahkan mereka akan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dua tuduhan berkenaan. Tuduhan 2:Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana bersubahat mengingkari perintah diisytiharkan majistret. Boleh dipenjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard, menjadi individu pertama dituduh mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana terbabit dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Ketiga-tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengikut Seksyen 4(2)(c) akta itu kerana menganjurkan atau menyertai protes jalanan. Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Timbalan Presidennya dan Cikgu Bard menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta, semalam. Peguam SN Nair, ketika dihubungi, berkata writ saman dihantar ke pejabat anak guamnya di Ibu Pejabat PKR di Damansara dan Anwar memaklumkan akan hadir ke mahkamah. Sumber Pejabat Peguam Negara mengesahkan mereka akan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dua tuduhan berkenaan. Sementara itu, dalam kenyataan akhbar di laman sosial Facebook Polis KL, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis sudah menghantar saman kepada Anwar, Azmin dan Badrul Hisham untuk hadir ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan mengikut dua akta berkenaan. Kenyataan pejabat Azmin pula menyatakan bagi dakwaan pertama, beliau dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang dibuat pada 26 April 2012 oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir. Perintah itu melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka, iaitu semua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan diduduki Kelab Diraja Selangor dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan antara 28 April dan 1 Mei lalu. Azmin dituduh melakukan kesalahan itu di sepanjang Jalan Tun Perak antara jam 2.30 dan 3 petang, 28 April lalu. Bagi dakwaan kedua, Azmin dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas dalam mencapai niat bersama, bersubahat dengan Timbalan Ketua Cabang PKR Rasah, R Tangam; peguam, G Rajesh Kumar; dan pemandu van, Farhan Ibrahim @ Alias, mengingkari perintah itu. Azmin didakwa bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mana keingkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 lain yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan itu. Tangam, Rajesh dan Farhan sudah dihadapkan di Mahkamah Sesyen sebelum ini atas tuduhan berkaitan BERSIH 3.0. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenm.riz mudah mudahan mendapat hukuman yang sewajar dengan perbuatan yang merosakan imeg negara di mata dunia. Cintailah Malaysia. mohd noor johar ap nak buat , dia orang seronok buat macam tu, macam kita kalau tak dapat mai badminton ke bola ke , kan badan tak tentu arah .dah ketageh ..lagi kena tahan lagi seronok .. annacomel Memang dari dulu lagi....dari zaman sebelum penjajahan...melayu dengan melayu bertelagah berebut sesuatu, bangsa lain yang untung... kini melayu dengan melayu bertelagah juga masih orang lain yang untung...ambiga tak kena pun... adeiii tak belajar dari sejarah langsung... z ambiga dan pak samad tak hasut orang langgar sekatan di dataran merdeka. Anwar beri isyarat pada Azmin suruh orang langgar? Anwar dan Azmin punca perhimpunan jadi ganas? tele PENJARA PUDU DI JALAN HANG TUAH janganlah diroboh..sesuai untuk banduan yang bersalah menhuruharakan ketenteraman negara. Cinta Peace Penganjur demonstrasi jalanan perlu dihukum, Rakyat Malaysia cintakan keamanan. Semoga Malaysia sentiasa aman. alahai pejam mata je diorang tu boleh bayar dendanya..tapi kerosakan akibat demonstrasi tu lebih dari yang diorang kena bayar..x berbaloi langsung..undang-undang negara kena naikan lagi denda dan hukuman penjara tu baru orang lain fikir banyak kali sebelum buat lagi..sebab ringan sangat hukuman yang dikenakan tu yang suka-suka langgar perintah mahkamah jack orang orang semacam begini tidak selamat dunia dan akhirat. Bala tetap akan menimpa mereka. tunggu saja ia pasti akan datang kpd kamu...seperti mati pasti akan datang.. malique alangkah bagus nya kalau akta i.s.a tu masih wujud lagi. baru la semua ni tak terjadi lagi. luqman saya tidak begitu yakin dengan tindakan yang di ambil, walaubagai manapun saya berharap ada tindakan yang sewajarnya, tapi saya masih tak yakin sama ada tindakan dapat diambil kepada anwar, azmin dan bard, jangan tanya saya tapi tanya rakyat Malaysia kenapa saya tak yakin>????? malique alangkah bagus nya kalau akta i.s.a tu masih wujud lagi. baru la semua ni tak terjadi lagi. HJ SHARI Kepada sesiapa yang melanggar undang-undang dan didapati bersalah, hukuman setimpal mesti dikenakan tidak kira orang berpengaruh, berpangkat, orang politik dan sebagainya. Biar Adil. Damai Pelik2.. Kenapa ambiga x kena.. Patut penganjur lah kena dulu... BANDUT SATU PENGAJARAN KEPADA YANG KERAS KEPALA Faizal Kenapa depa bertiga je kena... Sepatutnya Ambiga dan A.Samad Said yang kena atau jawatankuasa penganjur? Tolonglah kerajaan bersikap adil dalam pendakwaan ahmad Mereka lupa bahawa kuasa itu milik Allah sahaja. mohd sharif bin ahmad pastikan mereka semua disabitkan kesalahan dan harus mererima hukuman |
Posted: 21 May 2012 11:43 AM PDT MukaDepan ISU penghijrahan orang Melayu Pulau Pinang kerana tidak mampu menampung kos sara hidup menimbulkan pelbagai reaksi. Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai menjangka lebih 80 peratus keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan di negeri itu terpaksa berhijrah menjelang 2020. Prof Ahmad Atory Hussain pula berkata keengganan kerajaan DAP meneruskan dasar subsidi Kerajaan Pusat, menyebabkan ramai orang Melayu terpaksa berpindah. Apa reaksi kerajaan Pulau Pinang?18,000 pindah bukti DAP laksana dasar pinggirkan Melayu GEORGETOWN: UMNO Pulau Pinang menyifatkan pendedahan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin, mengenai lebih 18,000 orang Melayu negeri ini berhijrah sebagai bukti baru DAP memang berniat mengabaikan golongan itu.Apabila harga rumah mahal, mereka terpaksa menggunakan kira-kira dua pertiga daripada pendapatan bulanan untuk membayar ansuran rumah, menyebabkan kos hidup meningkat. Itu pun kalau gaji mereka RM5,000 ke atas. "Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah? Melayu daripada kelompok ini tiada pilihan dan terpaksa berpindah ke negeri berhampiran?" - Datuk Musa Sheikh Fadzir, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata beliau tidak terkejut dengan pendedahan berkenaan kerana dasar pembangunan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu jelas meminggirkan orang Melayu.Katanya, sejak empat tahun lalu, harga rumah di Pulau Pinang naik melambung sehingga ada yang berharga antara RM500,000 sehingga jutaan ringgit, sekali gus tidak mampu dibeli oleh orang Melayu. "Apabila harga rumah mahal, mereka terpaksa menggunakan kira-kira dua pertiga daripada pendapatan bulanan untuk membayar ansuran rumah, menyebabkan kos hidup meningkat. Itu pun kalau gaji mereka RM5,000 ke atas. "Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah? Melayu daripada kelompok ini tiada pilihan dan terpaksa berpindah ke negeri berhampiran," katanya. Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, turut mengakui tiada projek perumahan kos rendah dilaksanakan sepanjang empat tahun pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang. Katanya, kerajaan pakatan pembangkang yang tidak mempunyai dasar perumahan untuk menampung golongan berpendapatan rendah menyebabkan golongan itu tidak mampu menampung kos hidup yang tinggi di bahagian pulau dan Seberang Prai. "Kerajaan BN dulu menetapkan dasar pemaju perlu membina rumah kos sederhana berharga antara RM45,000 hingga RM72,000 mengikut zon ditetapkan," katanya. Lagi berita isu Melayu Pulau Pinang dipinggir, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan