Ahad, 20 Mei 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Babi sondol kafe siber

Posted:

Babi sondol kafe siber

Babi sondol kafe siber

Orang ramai menunjukkan babi hutan yang menceroboh premis kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh, Muar semalam.


MUAR - Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam.

Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.

Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.

"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.

"Ketika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya.

Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kenangan bersantai di Langkawi

Posted:

Kenangan bersantai di Langkawi

Kenangan bersantai di Langkawi

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my


PARA peserta Warkah Buat Ibu melawat Tasik Dayang Bunting di Langkawi.


LANGKAWI – Sembilan pemenang peraduan Warkah Buat Ibu anjuran Resorts World Genting dengan kerjasama akhbar Kosmo! dibawa melancong menikmati keindahan pulau legenda Langkawi selama tiga hari bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam.

Mereka tiba di pulau berkenaan bersama ibu masing-masing untuk menginap di Awana Porto Malai, Langkawi.

Aktiviti menarik mereka yang pertama pada petang Jumaat ialah belayar dengan bot Katamaran untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam.

Pada sebelah malam pula, para pemenang diminta membacakan warkah kemenangan mereka kepada ibu masing-masing sambil menikmati makan malam di pekarangan resort berkenaan.

Aktiviti diteruskan kelmarin seawal pukul 10 pagi dengan para pemenang dibawa menikmati keindahan Tasik Dayang Bunting sebelum belayar di sekitar Pulau Singa Besar untuk menyaksikan helang-helang Langkawi.

Mereka juga dibawa ke Pulau Beras Basah bagi melakukan aktiviti bebas selama sejam di pulau berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Timba pengalaman di luar negara

Posted:

Timba pengalaman di luar negara

Timba pengalaman di luar negara

WASHINGTON D.C. - Penuntut Malaysia patut melihat dunia ini sebagai satu pentas dan memanfaatkan pelbagai peluang yang terdapat di luar negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Anda boleh kekalkan jati diri anda dan juga mempunyai perspektif global dengan mendapatkan pengalaman kerja dan penguasaan dalam beberapa bahasa.

"Tugas saya adalah mewujudkan sebanyak peluang yang boleh, selebihnya terpulang kepada anda," katanya selepas majlis makan tengah hari bersama pelajar dan warga kerja Kedutaan Malaysia di sini semalam.

Majlis itu dihadiri kira-kira 30 penuntut Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan, bioteknologi dan sains aktuari di Stevens Institute of Technology, New Jersey; Rutgers University, New Jersey; Temple University, Pennsylvania dan Purdue University, Indiana.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan