Khamis, 24 Mei 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Yusry reka banglo untuk Lisa Surihani

Posted:

Yusry reka banglo untuk Lisa Surihani

Yusry reka banglo untuk Lisa Surihani

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

YUSRY dan Lisa akan memasuki rumah baharu pada Julai depan.


KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang dekat sini.

Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.

"Rumah itu mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Ketika itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu fasal rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah.

"Bila dah kahwin, tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi, tiada masalah. Kami membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami serasi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

WWW 1 catat bidaan RM520,000

Posted:

WWW 1 catat bidaan RM520,000

WWW 1 catat bidaan RM520,000

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
aqma.mohdnoor@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan mencipta rekod baharu apabila menerima bidaan tertinggi bernilai RM520,000.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, nilai bidaan itu jauh mengatasi rekod tahun 2010 menerusi plat MCA 1 yang dijual pada harga RM300,000.

Tambahnya, nilai bidaan keseluruhan yang diterima untuk nombor pendaftaran siri WWW adalah sebanyak RM64,225,838.51.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak RM11.3 juta berjaya dikutip iaitu 10 kali ganda daripada kutipan yang biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kem PLKN Tangkas Kendiri disita

Posted:

Kem PLKN Tangkas Kendiri disita

Kem PLKN Tangkas Kendiri disita

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


KEM PLKN Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar ditutup selepas dikenakan tindakan sita oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 22 Mei lalu. Gambar kecil, Abdul Hadi.


KUALA LUMPUR - Seramai 248 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak akan dipindahkan ke kem lain berikutan notis sita oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 22 Mei lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pengusaha kem berkenaan diarah mengosongkan kem itu kerana gagal membayar hutang kepada sebuah syarikat pembekal.

"Syarikat itu meminta perintah mahkamah untuk menyita kem berkenaan berikutan pengusaha kem itu tidak dapat melunaskan hutang kepada syarikat berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis latihan koordinasi senaman tari sempena Himpunan Jutaan Belia di padang Zetro, Wangsa Maju di sini semalam.

Abdul Hadi menambah, kesemua pelatih akan dipindahkan ke kem yang paling hampir dengan kediaman masing-masing pada 28 Mei ini.

Beliau memberitahu, walaupun notis mahkamah itu diterima pada 22 Mei lalu, program di kem itu tidak terjejas kerana hanya peralatan dan kelengkapan kem yang disita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan