Kosmo Online - Negara |
Posted: New York destinasi bulan maduOleh RONI HIDAYAT RIDWAN
KUALA LUMPUR – Pasangan popular Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 29, atau Scha telah memilih New York, Amerika Syarikat sebagai destinasi percutian bulan madu mereka. Awal Ashaari ketika mendedahkan perkara itu berkata, dia dan Scha sepakat untuk memilih New York kerana merasakan terdapat banyak lokasi menarik yang boleh dilawati di sana dan akan berbulan madu selama 10 hari. "Pada mulanya kami mahu berbulan madu di Eropah dengan melawat beberapa buah negara di sana, namun disebabkan tempoh bulan madu kami agak singkat maka kami akhirnya sepakat untuk berbulan madu di New York sahaja. "Perancangan untuk berbulan madu ke Eropah tidak dibatalkan dan mungkin kami hanya akan ke sana pada bulan Disember ini selama dua atau tiga minggu," katanya ketika ditemui sewaktu melihat sebahagian kelengkapan perkahwinan mereka di Butik Atikah's Songket di Taman Tun Dr. Ismail di sini semalam. Setelah tiga bulan tertangguh, pasangan tersebut bakal bergelar suami isteri apabila diijabkabulkan dalam satu majlis yang akan berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada malam esok. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Warga Lembah Klang cemasOleh NASRUL FAIZ ABU AZAL BEBERAPA buah kereta terperangkap dalam kejadian banjir kilat di pekan Salak Selatan, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Hujan lebat lebih dua jam yang melanda Lembah Klang semalam, menyebabkan tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat dengan dua insiden pokok tumbang. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memberitahu, hujan lebat sejak pukul 1 petang itu telah menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara iaitu di Jalan Tun Razak, Jalan Yaakob Latif, Jalan Sungai Besi, Salak Selatan dan Bangunan Perkim di Jalan Ipoh mengalami banjir kilat. Menurut jurucakap tersebut, kawasan paling teruk dilanda banjir kilat ialah di Salak Selatan iaitu kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan apabila ditenggelami air sedalam kira-kira 1.5 meter pada pukul 2 petang. "Banjir kilat tersebut telah menyebabkan lalu lintas di beberapa jalan utama menjadi sesak," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Penerbit tuntut stesen TV naikkan bayaran Posted: Penerbit tuntut stesen TV naikkan bayaranOleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA SEBAHAGIAN daripada penerbit dan artis yang menuntut stesen televisyen swasta menaikkan kadar bayaran kepada mereka di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTM) memberi tempoh dua minggu kepada semua stesen televisyen swasta agar menaikkan kadar bayaran kepada penerbit drama dan telefilem tempatan sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus. Presidennya, Jurey Latiff Mohd. Rosli berkata, selama 17 tahun bayaran kepada penerbit tidak pernah dinaikkan walaupun kos sara hidup semakin meningkat. "Pada masa ini, harga minyak kenderaan dan barang keperluan semakin meningkat, tetapi bayaran yang diterima oleh penerbit masih tidak berubah. "Bukan niat untuk bergaduh atau menghentam mana-mana pihak, khususnya stesen televisyen swasta. Cuma kami mahu kemelut ini diselesaikan kerana ia melibatkan periuk nasi dan industri seni di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Turut hadir ahli Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan