Berita Harian: Mutakhir |
Jualan kenderaan bermotor susut kepada 47,736 unit Posted: 18 May 2012 03:00 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan bermotor bulan lalu menyusut kepada 47,736 unit daripada 50,936 pada bulan yang sama tahun lalu, kata Persatuan Automobil Malaysia (MAA) hari ini.Segmen kenderaan penumpang mencatatkkan 41,436 unit berbanding 45,335 unit pada bulan yang sama tahun lalu, sementara jualan kenderaan komersil meningkat kepada 6,300 unit daripada 5,601. MAA berkata, jualan April merosot 5,847 unit atau 10.9 peratus berbanding 53,583 unit yang dijual pada Mac. "Kesegeraan untuk penghantaran dan pengeluaran invois oleh syarikat dengan tahun berakhir 31 Mac meningkatkan jualan Mac," katanya dalam satu kenyataan hari ini.MAA berkata, sungguhpun sentimen pengguna kekal stabil, pengetatan kelulusan pinjaman sewa beli melengahkan proses jualan dan menyebabkan kelewatan pada pendaftaran kenderaan baru. Pada empat bulan pertama tahun ini, 186,280 kenderaan dijual, merosot daripada 209,368 yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu. Pengeluaran kenderaan pada Mac meningkat kepada 44,828 unit daripada 37,353 pada bulan yang sama tahun lalu.
MAA menjangka jualan kereta untuk meningkat tahun ini berikutan pengenalan model-model baru. - BERNAMA |
2 anggota polis didakwa guna kekerasan terhadap jurugambar Guan Ming Daily Posted: 18 May 2012 02:34 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang jurugambar pada perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.Lans Koperal Mohd Khairul Asri Mohd Sobri, 30, dan Konstabel Shahrul Niza Abd Jalil, 24, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap jurugambar Guang Ming Daily, Wong Onn King, 33, di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja antara jam 5.20 petang dan jam 5.30 petang. Mohd Khairul Asri, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim, Perak manakala Shahrul Niza, dari IPD Dang Wangi, didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassaniah Bakri menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.Peguam Salim Bashir, yang mewakili kedua-dua anggota polis, membantah jumlah jaminan itu atas alasan ia tinggi dan tertuduh juga berpendapatan rendah. Majistret Zulkipli Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Jun depan untuk sebutan kes. Mereka membayar jaminan tersebut. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan