Nasional
KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 dengan nilai RM520,000, harga tertinggi bagi siri nombor pendaftaran WWW.
Selain baginda, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berada dalam senarai lima pembida tertinggi selepas memenangi nombor pendaftaran WWW 5 dengan harga RM220,000.
Keputusan bidaan nombor pendaftaran itu dimuat naik dalam laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semalam. Bidaan itu dibuka selama 15 hari bermula 30 April lalu hingga 14 Mei lalu. Tiga lagi pembida tertinggi adalah syarikat One Power International Sdn Bhd bagi nombor pendaftaran WWW 3 dengan harga RM360,000, Aspen Sunrise Sdn Bhd bagi WWW 9 (RM350,000) dan Lim Yan Hai bagi WWW 8 (RM280,500).
Nombor pendaftaran WWW 333 menerima bidaan terbanyak iaitu 84 dan dimenangi Titan Pristine Sdn Bhd dengan harga RM110,036.
Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Mohd Nadzri Osman, berkata keputusan bidaan berkenaan merangkumi 4,908 nombor dalam siri WWW yang dibida.
"Sementara itu, baki 5,091 akan menjadi nombor semasa apabila siri WWW dibuka untuk pendaftaran bermula 15 Jun ini," katanya.
Khamis lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata nombor pendaftaran WWW 1 mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini, mengatasi rekod dicatatkan MCA 1 pada 2010 yang dijual pada harga RM300,100.
Sebanyak 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 diterima sepanjang tempoh bidaan dibuka dan kutipan hasil daripada pembida berjaya dianggarkan berjumlah RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan biasa untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen
abang man
Kayanyo puak demo....heeee..kalau dapatlah zakat dari simpanan baki lagi duit dalam bank kepada golongan daif..alhamdulillah
Yangretibase
Tahniah. Sultan berjiwa rakyat.
Pak Wan
Hmmm... nilai sebuah nombor, harga kereta???
Kebanggaan... atau pembaziran... renungkanlah..
mohd hamdan
Harap2 ada bonus tahun nie.....
Flannel
*gasp*....aku duk tgh pening kepala nak tukaq lower arm keta wira yang dah koyak...duit belum cukup lagi, tiba2 ternampak ramai org duk pakat beli no plate shj beratuih-ratuih ribu!!! aduilaaa...betapa kerdilnya aku nih...*sob*
Zaifuddin
Saya rasa memang layak pun Sultan Johor dapat, lgpun baginda adalah sultan berjiwa rakyat dan para rakyat menyangi baginda. Allahu akhbar... Yg penting JPJ dpt RM64M lebih, bonus 3 bulan tu :-)
fairuz maluda
untung jpj,tahniah jpj duit masuk hasil kerajaan...kutip hasil yang banyak nanti boleh naik gaji lagi..
budak heran
alahai xrasa buang duit ke sbb no plet je habes ratus-2 ribu ? kemanakah duit itu selepas ini ? lebih baik duit tu bagi pada orang yang perlukan je .. alahai ..bagi owang kaya duit mcm daun je .. bagi owang susah ? nak dapat 100 pon susah .
orangkecil
Rakyat M'sia memang mempunyai semangat persaingan yg tinggi.. BAGUS. Tapi LAGI BAGUS kalau semangat persainagan ini diterapkan dalam 'hal menderma' untuk membantu golongan yg lebih memerlukan.
hasbullah
kawan nk beli kete proton pon tak mampu.. org lain slamber jer beli no plat setengah juta.. kete brapa juta la gamaknya.. rakyat yg miskin telan air liur aje la...
pak cik din
Wadoooih..wadoooih, bg yg beduit BIASA JE..bagi yg x berduit TERNGANGA LE..
mohdazrul
penyampaian berita yang terkini dan terbaik,saya tetap meminati berita harian...
cloudz
alhamdulillah..rezeki org kerajaan la nnt ni kalau dapat bonus 2x tahun ni...terima kasih kpd pembida...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan