Ahad, 27 Mei 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Kos daftar syarikat turun RM50

Posted: 27 May 2012 02:59 PM PDT

Nasional

   NAJIB  bersama  Rosmah   mencuba membuat teh tarik selepas Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka, malam tadi.

NAJIB bersama Rosmah mencuba membuat teh tarik selepas Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka, malam tadi.

Kadar baru beri manfaat sejuta penjaja, peniaga kecil seluruh negara

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan penurunan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan milikan tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus.

Kadar baru itu memberi manfaat kepada lebih sejuta penjaja dan peniaga kecil seluruh negara yang pada masa ini perlu membayar RM30 bagi pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan RM60 bagi perkongsian, setiap tahun.

Ini bermakna dalam tempoh lima tahun mereka terpaksa membayar RM150 bagi pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan RM300 bagi perniagaan perkongsian. Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan jumlah bayaran kompaun pendaftaran lewat dan pembaharuan lewat lesen dikurangkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 1 Jun sehingga 31 Disember ini.

Perdana Menteri berkata, pengumuman istimewa itu dibuat kerajaan bagi mengurangkan beban penjaja dan peniaga kecil yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

"Selain itu, kita juga mahu mengemas kini pendaftaran supaya satu skim insurans kelompok dapat disediakan kepada penjaja dan peniaga kecil yang mana butiran lanjut mengenainya akan diumumkan sedikit masa lagi.

"Kita mengambil berat hal ini kerana kalau golongan ini sakit, mereka tidak ada SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), justeru akan menjadi beban kepada keluarga untuk menanggung kos hospital," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi, sambil menerima tepukan gemuruh lebih 15,000 warga penjaja dan peniaga kecil yang hadir.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani.

Perdana Menteri turut mengumumkan, hal ehwal penjaja dan peniaga kecil kini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memastikan kebajikan mereka lebih terbela.

Beliau berkata, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil termasuk melalui bantuan pinjaman daripada bank tempatan, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

"Kerajaan akan terus membantu dan membela nasib penjaja dan peniaga kecil ini dan kita harap anda semua akan terus menyokong kerajaan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Zac

Berita baik pada pengusaha kecil seperti kami..

mohd ghazali

Salam, Tahniah semoga memberi manafaat dan kebaikan khususnya kepada peniaga Melayu dan pelanggan sekalian amnya.

sri siantan

1 langkah yg baik demi menjaga kepentingan peniaga kecil. Malaysia boleh.

Zulkefli bin Mohamad

Langkah prihatin kerajaan kerana usahawan bisnes kecil memerlukan sumber modal kewangan yang banyak kerana keupayaan untuk membuat pinjaman terhad dan kos operasi yang telah meningkat. Ini juga membolehkan usahawan baru mendaftar bisnes mereka bagi elakkan tindakan pihak berkuasa dan kepentingan pelanggan terkawal bila bisnes didaftarkan.


Perhimpunan 5 hari tutup tirai

Posted: 27 May 2012 02:56 PM PDT

Nasional

PUTRAJAYA: Himpunan Jutaan Belia 2012, yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara menutup tirainya semalam dengan mencipta rekod kehadiran dua juta belia sepanjang karnival lima hari itu.

Ini secara tidak langsung membuktikan usaha kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan untuk mendekati belia di negara ini berada di landasan yang tepat.

Bertemakan 'Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok', 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan pusat pentadbiran negara seolah-olah ditawan oleh generasi muda. Kemuncak sambutan Hari Belia Negara tahun ini ialah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengunjungi ke tapak karnival dan beramah mesra dengan belia, semalam. Najib, Rosmah dan Menteri Kabinet menggunakan peluang yang ada untuk bersama-sama golongan muda. Mereka mengunjungi ke tapak gerai seperti My Kampung Art, Little India Street, Chinese Youth Cultural Village dam juga Japanese Fest selama kira-kira satu jam.

Kehadiran Perdana Menteri dan isteri di tapak karnival disambut ribuan belia dengan memakai baju-T berwarna-warni dengan perkataan 'I Love PM' sebagai tanda sokongan dan hormat kepada pemimpin nombor satu negara.

Selain sorakan, tepukan dan paluan gendang, sepanduk serta kain rentang seperti 'We Stand Behind You, PM!', Terima Kasih PM dan 'N.A.J.I.B, Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia' terpampang sepanjang Dataran Persiaran di sini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berpuas hati dengan sambutan Hari Belia Negara tahun ini dan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet agar penganjuran Himpunan Jutaan Belia terus diadakan di Putrajaya, yang juga bandar mesra belia, tahun akan datang.
"Perhimpunan kali ini jauh lebih meriah dan unik cara sambutannya. Himpunan kali ini adalah karnival terbesar negara dengan pelbagai kreativiti golongan muda.

"Kita percaya penganjuran karnival ini akan membangkitkan semangat golongan muda dan cinta pada Putrajaya sekali gus meneruskan kejayaan negara yang ada sekarang," katanya merumuskan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012.

Karnival yang diyakini bakal menjadi 10 karnival terbesar dunia itu turut dilihat dapat merapatkan jurang antara pemimpin negara pada masa ini dengan golongan pemimpin negara pada masa akan datang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein misalnya, sanggup duduk bersila bersama generasi muda ketika merasmikan Y-Avenue, salah satu program pada sambutan itu.

Meskipun Himpunan Jutaan Belia tahun ini 'tercemar' apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 di sini tengah malam kelmarin, Ahmad Shabery berharap kejadian itu tidak dipolitikkan.

Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas ketika sesi ujian sebelum melanggar penonton yang berada di luar kawasan dibenarkan.

Mangsa yang kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut dan polis sedang menjalani siasatan.

Ahmad Shabery berkata, kemalangan itu tidak harus menenggelamkan semangat belia untuk bersukan, bergiat dan membabitkan diri dalam aktiviti sihat. – BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan