Selasa, 22 Mei 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Maut di pangkuan ibu

Posted: 21 May 2012 03:04 PM PDT

KLUANG: "Saya hanya mampu menjerit meminta tolong dan menutup kesan kelar menggunakan tangan bagi mengurangkan darah memancut keluar. Sebagai ibu, saya hanya mampu memangkunya dan berharap ada orang tampil memberikan bantuan.

"Beberapa minit kemudian, seorang jiran menawarkan kenderaan untuk membawa anak saya ke hospital. Malangnya, sebaik mengangkat tubuhnya ke dalam kereta, badannya mulai sejuk dan dia sudah tiada," kata Saemah Mogeri, 43, ibu kepada mangsa bunuh di Jalan Sentosa, di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Nurul Amin Mohamed Ishak, 22, dipercayai cuba mempertahankan kehormatan diri adiknya yang disyaki cuba diperkosa seorang rakannya, namun mangsa maut selepas lehernya dikelar dengan objek tajam.

Sebelum kejadian, mangsa membawa tiga lelaki dipercayai rakannya bagi menyelesaikan masalah peribadi yang berlaku antara mereka, Selasa minggu lalu.


Saemah berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah dan menerima panggilan telefon daripada anaknya yang memaklumkan sudah menemui tiga lelaki itu di sekitar bandar Kluang selepas cuba mengesan mereka sejak hampir seminggu lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Azab 10 jam

Posted: 21 May 2012 03:03 PM PDT

LUBOK ANTU: Gara-gara mahu mematikan seekor ikan puyu yang dipancing dengan cara menggigitnya, seorang kanak-kanak terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 10 jam apabila tercekik ikan berkenaan dalam kejadian di anak sungai berhampiran Rumah Panjang Endawie Nangka Jela Engkari, di sini, kelmarin.

Philip anak Muan, berusia 12 tahun, terpaksa menahan kesakitan itu sebelum ikan bersaiz kira-kira tiga sentimeter lebar itu dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor selepas dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) terletak lebih 200 kilometer dari rumahnya.


Bapa mangsa, Muan anak Burong, 40, berkata sebelum kejadian, Philip dan adiknya berusia sembilan tahun memancing di anak sungai berhampiran rumah panjang mereka, sebaik pulang dari sekolah, kira-kira jam 2.30 petang.

Menurutnya, dalam tempoh 10 minit, anaknya berjaya memancing seekor ikan puyu sebelum menggigit ikan itu bertujuan mematikannya, tetapi ikan itu tiba-tiba menggelupur dan terus masuk ke kerongkong anaknya.


"Saya pelik apabila melihat anak saya berlari sambil menangis dengan keadaan mulut ternganga.


"Saya terkejut apabila mendapati seekor ikan di dalam mulut anak dan cuba memasukkan jari bagi mengeluarkan, namun anak saya menjerit kesakitan kerana duri pada pada ikan itu tersangkut di lelangit mulut," katanya.

Muan berkata, ikan itu masuk lebih jauh ke dalam kerongkong anaknya apabila dia cuba menarik ekor ikan berkenaan.


Menurutnya, apabila melihat Philip semakin sukar bernafas, dia bergegas membawanya ke Klinik Kesihatan Batang Ai, sebelum dirujuk ke Hospital Sri Aman.

"Ketika itu mulut anak saya sudah berdarah kerana lelangitnya yang tertusuk duri ikan itu, cuma dia bernasib baik kerana masih boleh bernafas dan masih mampu bertahan.


"Sebaik sampai di Hospital Sri Aman, Philip terpaksa dihantar menaiki ambulans ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan sampai di hospital berkenaan, kira-kira jam 11.30 malam.


"Sementara menunggu menjalani pembedahan, anak saya tiba-tiba termuntah cebisan daging ikan berkenaan yang mula hancur.


"Anak saya muntah beberapa kali sebelum doktor melakukan pembedahan kecil mengeluarkan sisa ikan yang masih tertinggal dalam mulutnya," katanya.


Mangsa dipindahkan ke wad pediatrik HUS dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan