Kosmo Online |
- Kerajaan taggung 90% kos pelajar IPTA
- Mahkamah tolak permohonan Kayveas, isteri
- Himpunan Jutaan Belia catat 2.4j pengunjung
Kerajaan taggung 90% kos pelajar IPTA Posted: Kerajaan taggung 90% kos pelajar IPTA28/05/2012 7:28pm PETALING JAYA — Sebanyak 90 peratus kos pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebenarnya ditanggung kerajaan, maka itu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dianggap hanya untuk tanggung kos sara hidup pelajar. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled, Nordin berkata, PTPTN hanya menanggung baki kos pengajian yang kecil, kira-kira 10 peratus daripada kos keseluruhan pengajian di IPTA. "Tidak seperti negara-negara lain, kerajaan (Malaysia) bagi pinjaman kepada mahasiswa untuk menanggung kos sara hidup, setakat ini tidak ada mana-mana negara yang memberi pinjaman sara hidup kepada mahasiswa dengan jumlah yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pembangunan Pusat Kecemerlangan Industri Pemborongan dan Peruncitan (ICoE) di sini, hari ini. Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai pemansuhan satu peratus ujrah pinjaman PTPTN yang diutarakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli dalam sesi pendebatan dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi" yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dan Bernama Radio24 , Selasa lalu. "Satu peratus hanya amaun yang kecil bagi mereka (mahasiswa) untuk membayar kos pengurusan pinjaman itu," kata Mohd. Khaled. — BERNAMA |
Mahkamah tolak permohonan Kayveas, isteri Posted: Mahkamah tolak permohonan Kayveas, isteri28/05/2012 7:26pm PUTRAJAYA — Presiden Parti Progresif Penduduk, Datuk Seri M. Kayveas dan isteri, Datin Seri Blanche O"Leary perlu mengembalikan RM470,000 kepada sebuah syarikat kontraktor selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan mereka bagi lanjutan masa untuk memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua tahun lepas. Dalam satu keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali juga memerintahkan kos RM3,000 dibayar kepada responden. Dua lagi hakim ialah Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk Aziah Ali. Pada prosiding hari ini, peguam Murali Menon, bagi pihak Kayveas dan Blanche, berhujah bahawa mahkamah perlu membenarkan anak guamnya merayu di luar jangka waktu terutamanya disebabkan tiada tindakan atau kecuaian peguam cara sebelumnya untuk memfail rayuan dalam masa ditetapkan. Dengan keputusan hari ini, Kayveas, yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan isteri dikehendaki membayar jumlah tersebut kepada Peninsular Concord Sdn. Bhd. sebagaimana diperintahkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Harminder Singh pada 28 Julai, 2010. Harminder dalam keputusannya juga menolak tuntutan balas oleh kedua-dua defendan terhadap syarikat itu. Kedua-dua Kayveas dan Blanche bertindak sebagai "pemegang kepentingan" dalam usaha syarikat itu mendapatkan kerja bina jalan dalam sebuah projek. — BERNAMA |
Himpunan Jutaan Belia catat 2.4j pengunjung Posted: Himpunan Jutaan Belia catat 2.4j pengunjung28/05/2012 7:24pm PUTRAJAYA — Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan selama lima hari dan berakhir semalam, mencatatkan seramai 2.4 juta pengunjung, setakat di kawasan penganjuran utamanya, di laluan sepanjang enam kilometer Persiaran Perdana di sini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Beliau berkata, jumlah itu didapati dari dua sumber iaitu kenderaan yang masuk ke kawasan program itu yang mencatat 1.1 juta pengunjung daripada 296,795 kenderaan, dan jumlah kunjungan ke segmen-segmen yang disediakan yang mencatatkan 1.3 juta pengunjung. Jumlah itu ialah dapatan kasar yang disediakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM). Bagaimanapun, katanya, jumlah sebenar akan diketahui setelah laporan terperinci mengenai program itu siap, dijangka dalam tempoh sebulan, yang turut akan mengambil kira jumlah pengunjung ke acara-acara yang diadakan selain di lokasi laluan utama, termasuk Pertandingan Memancing yang diadakan di Pusat Rekreasi Air, Presint 13, dan perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19. "Bagi saya bukan saja dari segi jumlah pengunjung tapi dalam semua aspek kami amat berbesar hati dan sukacita mengatakan matlamat Himpunan Jutaan Belia pada tahun ini tercapai dengan baiknya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Shabery berkata, laporan penuh mengenai program itu juga akan digabungkan dengan laporan dari agensi-agensi lain, bagi memastikan ia dilakukan secara menyeluruh kerana akan membantu dalam penajaan untuk penganjuran program pada masa akan datang. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan