Kosmo Online |
- Usah politikkan kemalangan di himpunan belia
- Pil kuda dirampas, sindiket dadah ditumpaskan
- Anggota polis, bapa mertua maut dalam nahas
Usah politikkan kemalangan di himpunan belia Posted: Usah politikkan kemalangan di himpunan belia27/05/2012 9:02pm PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap tidak ada pihak mempolitikkan kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia di sini, tengah malam tadi. "Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain. "Program ini melibatkan lebih 500 acara dan membabitkan berjuta pengunjung, dan kes sebegini tidak seharusnya menenggelamkan semangat para belia bersukan, bergiat dan melibatkan dalam aktiviti yang sihat," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan di Hospital Putrajaya. Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, seramai 17 orang cedera dan empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di luar kawasan dibenarkan. Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua-dua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu. Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu, manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah. Ahmad Shabery berkata, beliau akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan untuk kebajikan mangsa kemalangan tersebut. – BERNAMA |
Pil kuda dirampas, sindiket dadah ditumpaskan Posted: Pil kuda dirampas, sindiket dadah ditumpaskan27/05/2012 8:05pm KOTA BHARU – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan merampas 4,092 biji pil kuda bernilai RM143,220 dalam serbuan ke sebuah rumah di Kampung Mentangga, Bukit Panau, Tanah Merah, Jumaat lepas. Ketua JSJN Kelantan, Supt Amran Ramli berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 6.50 pagi itu, pihaknya menahan dua lelaki dipercayai ketua sindiket dikenali "2S" yang aktif mengedarkan dadah di sekitar jajahan Tanah Merah, Pasir Mas, Kuala Krai, Gua Musang dan Kota Bharu. "Pihak kami berjaya merampas 100 biji pil, disyaki jenis pil kuda di atas rak dalam sebuah bilik di rumah tersebut, dan menemui 3,992 pil lagi dadah jenis sama yang diletakkan dalam peti sejuk. "Antara barangan lain yang disita ialah wang tunai berjumlah RM25,400, sebuah Perodua Kancil dan motosikal jenis Yamaha 125Z. Jumlah keseluruhan sitaan kira-kira RM300,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini. Amran berkata, pihaknya menahan dua bersaudara itu masing-masing berumur 24 dan 22 tahun bekerja sebagai penjual ayam proses dan mekanik motosikal. Amran berkata, tangkapan dan rampasan itu adalah lanjutan Operasi Jala yang bermula pada Disember tahun lalu membawa kepada tertangkapnya tiga anggota sindiket terbabit pada Februari lepas. – BERNAMA |
Anggota polis, bapa mertua maut dalam nahas Posted: Anggota polis, bapa mertua maut dalam nahas27/05/2012 6:43pm KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berpangkat koperal dan bapa mertuanya maut dalam kemalangan jalan raya di Batu 18, Jalan Besar Kundang, Sungai Buloh selepas kereta yang mereka naiki melanggar sebuah bas pesiaran yang diparkir di tepi jalan. Ketika kejadian pada 12.30 tengah hari tadi, Muhd Riduan Ab Razak, 32, yang bertugas di bahagian Operasi Khas (D8) Bukit Aman, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tasik Biru bersama Baharin Puteh, 59. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang pegawai penyiasat yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Sungai Buloh berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Muhd Riduan hilang kawalan sebelum melanggar bucu kanan bahagian belakang bas berkenaan. "Kereta itu dikatakan berpusing-pusing selepas pelanggaran tersebut. Mungkin impak dari rempuhan yang kuat itu, kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian," katanya. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan