Khamis, 31 Mei 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Lembik disambar karan

Posted: 30 May 2012 11:44 AM PDT

MELAKA: "Melihat tubuhnya lembik dengan air liur meleleh, saya mengerah kudrat mengangkatnya keluar dari situ (takungan air) biarpun pada awalnya saya juga tidak bermaya kerana turut disambar renjatan (elektrik) sebelum memangkunya di atas jalan."

Begitu cerita Massari Muhammad, 35, bapa Mariam Najwa, 9, yang meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain dalam takungan air berhampiran tiang elektrik kira-kira 20 meter di depan rumahnya.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai berkenaan bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, bermain di tempat air bertakung itu sebelum rebah dipercayai terkena renjatan elektrik.

Massari berkata, dia mengetahui insiden malang menimpa anak perempuan tunggalnya itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat anaknya terbaring dalam air.


Katanya, sebelum itu dia berada di dalam rumah didatangi Muiz yang berlari mengadu sakit kaki sebelum menyapu ubat di kakinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Guru miang melampau

Posted: 30 May 2012 11:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.

Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.

Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

"Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.


"Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan