Khamis, 17 Mei 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Ahli sains kanan universiti kita ke New York

Posted: 17 May 2012 02:33 PM PDT

Nasional

NAJIB bergambar  sebelum mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC)   di New York,  semalam.

NAJIB bergambar sebelum mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di New York, semalam.

LIMA universiti dan institusi penyelidikan negara akan menempatkan ahli sains kanan di pusat kecemerlangan dan industri di New York, Amerika Syarikat untuk mendedahkan mereka supaya menjadi ahli sains terkemuka dunia.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata program itu juga memberi motivasi kepada rakyat Malaysia supaya menjadi ahli sains terkenal.

"Kita juga menjemput Nobel Laurette dari Amerika Syarikat dengan kerjasama Akademi Sains New York (NYAS) dan State University of New York (SUNY) untuk menjadi tamu Laurette di universiti penyelidikan di Malaysia," katanya.

Mereka akan membina kerjasama strategik bagi meninjau pasaran dan peluang untuk produk mereka di Amerika Syarikat. Semua ini bagi mencapai matlamat pelan strategik pengajian melahirkan universiti kelas dunia dan menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi. - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

Beliau berkata, universiti juga akan meletakkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat permulaan yang diwujudkan semua universiti penyelidikan negara sebagai pelatih di pusat berkenaan untuk mengkomersialkan produk masing-masing.

Katanya, CEO syarikat itu diberi peluang menimba ilmu, di samping menjalin hubungan dengan masyarakat perniagaan.

"Dengan ini mereka akan membina kerjasama strategik bagi meninjau pasaran dan peluang untuk produk mereka di Amerika Syarikat. Semua ini bagi mencapai matlamat pelan strategik pengajian melahirkan universiti kelas dunia dan menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi.

"Kementerian akan memberi fokus untuk membawa hasil penyelidikan universiti itu ke pasaran," katanya selepas mesyuarat kedua Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, semalam.
Antara universiti penyelidikan terbabit adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan NYAS, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Universiti Columbia, Pusat Kajian Mapan Global (CGSS) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Institut Bumi Universiti Columbia.


Kerajaan tak cadang badan alternatif ganti Majlis Peguam

Posted: 17 May 2012 02:24 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan badan peguam alternatif bagi menggantikan fungsi Majlis Peguam Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan memahami badan profesional itu ditubuhkan mengikut akta dan peruntukan Perlembagaan.

Apa yang penting, tegas beliau kepemimpinan majlis sedia ada harus bersikap lebih bertanggungjawab bagi mengelak persepsi negatif rakyat yang kini menganggap badan itu satu pertubuhan dimonopoli pembangkang.

Terpulang kepada masyarakat menilai, ini sebelum buat keputusan, kita sudah tahu, niat dan kecenderungan mereka di mana, ini tidak bantu untuk naik imej majlis sebagai badan berintegriti, mereka kena tunjuk (keadilan), kalau tidak selama mana rakyat menilai ia badan politik bukan Majlis Peguam, itu beban yang mereka harus tanggung. - Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Majlis Peguam memikul beban yang berat bagi mengubah persepsi ini, sebagai peguam mereka harus bersikap adil dan saksama, tidak boleh berat sebelah namun terbukti dalam hal tertentu, mereka seolah-olah mengambil pendirian semua salah kerajaan, polis.

"Kalau anda manusia yang adil, hakim atau peguam berpengalaman, mesti bersikap rasional, mana yang betul kata betul, tidak betul kata tidak betul, baru adil.

"Terpulang kepada masyarakat menilai, ini sebelum buat keputusan, kita sudah tahu, niat dan kecenderungan mereka di mana, ini tidak bantu untuk naik imej majlis sebagai badan berintegriti, mereka kena tunjuk (keadilan), kalau tidak selama mana rakyat menilai ia badan politik bukan Majlis Peguam, itu beban yang mereka harus tanggung," katanya pada sidang media selepas majlis makan tengahari sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21 Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan bercadang mengkaji pembentukan majlis peguam kedua sebagai alternatif kepada peguam yang tidak berpuas hati dengan majlis sedia ada yang didakwa menyokong perjuangan pembangkang.
Mengulas dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang ditawarkan RM50,000 oleh pemimpin DAP bagi menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya, baru-baru ini, Muhyiddin berkata, perbuatan itu langsung tidak menghormati pemimpin berkenaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan