Harian Metro: Setempat |
Posted: 23 May 2012 02:59 PM PDT KLANG: Seorang lelaki warga Indonesia mengugut untuk terjun dari bumbung rumah jirannya bagi mengelak ditahan ketika pemeriksaan Jabatan Imigresen Selangor di Sungai Udang, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, pihak imigresen terpaksa menghubungi pasukan bomba dan penyelamat bagi memasang tilam angin untuk mengelak lelaki berusia 42 tahun itu cedera selepas cubaan memujuknya, gagal. Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, lelaki terbabit lembut hati selepas berjaya dipujuk isterinya, dua jam kemudian. Katanya, sebelum kejadian pihak imigresen membuat pemeriksaan ke atas rumah lelaki terbabit dan sejurus menyedari pihak berkuasa itu membuat pemeriksaan di rumahnya, dia bangun dan melompat ke atas atap rumah jirannya mengelak dirinya daripada dicekup.
"Sebaik mendengar ugutan itu, pihak imigresen cuba menenangkannya dan memintanya supaya menyerahkan diri, tetapi lelaki itu enggan bekerjasama.
Semua yang ditahan berusia satu hingga 52 tahun dan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, untuk siasatan lanjut. Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali. |
Posted: 23 May 2012 02:57 PM PDT PETALING JAYA: Niat murni pengurusan sebuah sekolah antarabangsa di sini mengetatkan kawalan keselamatan demi melindungi pelajar daripada menjadi mangsa jenayah terutama penculikan bertukar sebaliknya apabila ibu bapa terpaksa menunggu dua jam untuk mengambil anak mereka. Kawalan ketat di sekolah berkenaan bermula sejak penculikan Nayati Shamelin Moodliar, 12, penuntut sekolah antarabangsa di Bukit Kiara pada 28 April lalu.
Malah, setiap ibu bapa dan penjaga yang mahu mengambil anak mereka perlu beratur untuk masuk ke sekolah dan tidak boleh lagi berjalan sebaliknya perlu menggunakan kenderaan masing-masing yang disertakan pengenalan berbentuk pelekat.
"Sebagai bantahan, satu memorandum ditandatangani 150 ibu bapa sudah dihantar minggu lalu, tetapi pihak sekolah langsung tidak mengambil tindakan. Kami mahukan dialog bagi membincangkan perkara ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan