Ahad, 20 Mei 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Dicekup lepas berasmara

Posted: 19 May 2012 09:30 AM PDT

ARAU: Sepasang kekasih yang baru selesai berasmara dicekup kerana dipercayai memiliki dadah jenis syabu dan heroin dalam beg galas mereka dalam serbuan di Jalan Padang Besar, Kurung Anai, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 10 pagi kelmarin, suspek lelaki yang juga pesawah berusia 42 tahun dan teman wanitanya berusia 19 tahun dicekup ketika menunggu pelanggan.

Difahamkan, wanita itu tidak memakai pakaian dalam selepas mereka dipercayai baru selesai berasmara di situ.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Asisten Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, pemeriksaan terhadap suspek berusia 42 tahun menemui 25 paket heroin seberat 35.30 gram di dalam beg kecil yang dipegang.


Menurutnya, siasatan mendapati teman wanita suspek memiliki empat paket dadah jenis syabu seberat 3.10 gram di dalam beg galasnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Dadah dalam seluar dalam

Posted: 19 May 2012 08:34 AM PDT

KULIM: Dua lelaki berusia 20-an dipercayai pengedar dadah yang cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa, ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Padang Serai, jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, kedua-dua lelaki ditahan sepasukan polis yang membuat rondaan rutin selepas mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan di Jalan Padang Estate.


Katanya, suspek yang menaiki Proton Wira cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan sebelum dipintas polis di Jalan Bunga Raya.

"Suspek bertindak agresif dengan memecut kenderaan sebelum ditahan polis di Jalan Bunga Raya. Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk ujian air kencing dan disahkan positif dadah jenis ganja," katanya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan badan, polis menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah yang disorokkan di dalam seluar dalam seorang suspek.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan