Berita Harian: Nasional |
UiTM tawar 10,000 tempat pelajar gagal ke IPT Posted: 21 May 2012 02:44 PM PDT Nasional JELI: Pemohon yang gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA tidak perlu bimbang kerana mereka berpeluang belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menawarkan 10,000 tempat untuk program khasnya.Di bawah program itu, pelajar akan mengikuti pengajian peringkat pradiploma, praperdagangan dan prasains selama 16 minggu di kampus cawangan UiTM seluruh negara. Naib Canselornya, Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata kerajaan menyedari persaingan hebat untuk memasuki IPTA, manakala mereka dari kawasan luar bandar pula tercicir bukan disebabkan tidak pandai tetapi kekurangan kemudahan dan persekitaran kehidupan keluarga.Kerajaan menyedari persaingan hebat memasuki IPTA, manakala mereka dari kawasan luar bandar pula tercicir bukan disebabkan tidak pandai tetapi kekurangan kemudahan dan persekitaran kehidupan keluarga. - Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM "Program ini memberi mereka peluang meneruskan pengajian di UiTM dan memilih bidang pengajian bersesuaian sama ada pada peringkat diploma dan ijazah selepas menamatkan program khas berkenaan," katanya.Beliau berkata, ia sebahagian daripada program khas Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia yang diperkenalkan tahun ini anjuran Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) dengan kerjasama UiTM. "UiTM dan GDAB turun padang melihat pelajar yang gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA dan mencari mereka di kalangan keluarga miskin yang tidak mampu membiayai pengajian untuk dibantu. "Ini atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu kita menjelajah, termasuk di kawasan luar bandar untuk membantu supaya mereka tidak ketinggalan pendidikan," katanya. Sahol Hamid berkata, setakat ini program itu berjaya menarik kira-kira 30,000 pengunjung yang diadakan di sembilan negeri dan daripada jumlah itu lebih 3,800 pelajar memenuhi syarat minimum kemasukan sudah menerima tawaran berkenaan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenazhar bin hassan Tahniah.Secara tersuratnya program ini nampaknya baik untuk menolong golongan yang susah ,tetapi janganlah pula menzalimi mereka- mereka yang layak, yang tidak diberitahu untuk hadir dalam program ini.Janganlah kita bertujuan untuk menolong satu pihak yang hanya mempunyai kelayakan yang minima, tetapi menyekat peluang satu golongan lagi ,yang lebih layak tetapi tiada peluang untuk hadir semasa program itu. Saya berharap apa yang tersurat adalah sama dengan yang tersirat.Semoga Allah memberi kebaikan kepada tuan-tuan yang mempunyai niat yang baik. bagaimana nak phon ne uitm yg mngatakan pngambilanyaa nda mncicirkan plajar msuk ke ipta nazmel r d sbh rmai yg x dpt msk uitm wlaupun dpt result 5A 3B+..... so bila lg program ni d sbh atau gimik politik ja..... buktikan keprihatian krjaan ieyra ahmd salam..mcmmn nk memohon?tq Raaz wani sangat bagus program ini, dapat membuka peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran, baru lah kehidupan remaja terisi dengan pelajaran. Macamana nak apply, nak tolong isi untuk adik lah. uitmnye come on la uitm, university is university, not a public welfare institution. dont downgrade yourself.. angel bagus cadangan ni.. zaleha johari macamana cara nak memohon kemasukkan uitm..sbb saya sudah menghantar e-rayuan..sila beri penerangan yang jelas..
mohd shafri askm..macam mana cara memohon ke masukan ke uitm..sila terangkan dengan jelas. mohd. hisyanuddin bila lagi nak ke sarawak.anak sarawak banyak yang tercicir. HJ SHARI UiTM memberi peluang seluasnya kepada pelajar untuk menambah ilmu. Milam Hashim Tindakan dan program yg tepat..untuk anak2 Tanah Melayu. |
Kakitangan bank bocor maklumat wajar disiasat Posted: 21 May 2012 02:40 PM PDT Nasional KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara (BNM) digesa menyiasat tindakan seorang kakitangan bank yang didakwa membocorkan maklumat perbankan mengenai National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).Yang Dipertua Persatuan Kemajuan Insan Malaysia, Omar Idris, berkata pihaknya membuat desakan itu kerana kemungkinan wujud unsur rasuah di sebalik tindakan berkenaan memandangkan kakitangan terbabit tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini. "Kakitangan itu diberhentikan selepas siasatan dalaman bank mendapati dia membocorkan maklumat pelanggan. Kegiatan itu adalah satu kesalahan jenayah yang harus disiasat sehingga ke akar umbi.Ini perkembangan yang amat merisaukan, bukan saja bagi pelanggan bank, malah juga pelabur asing. Jika tiada tindakan diambil ia boleh menjejaskan integriti industri perbankan negara. - Omar Idris, Yang Dipertua Persatuan Kemajuan Insan Malaysia "Ini perkembangan yang amat merisaukan, bukan saja bagi pelanggan bank, malah juga pelabur asing. Jika tiada tindakan diambil ia boleh menjejaskan integriti industri perbankan negara," katanya pada sidang media di sini, semalam.Minggu lalu, Naib Presiden PKR, N Surendran menyeru pihak berkuasa menghentikan siasatan ke atas bekas kerani bank, Johari Mohamad yang didakwa membocorkan maklumat perbankan NFCorp. Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, turut meminta BNM menyiasat motif dan insentif yang mendorong kakitangan bank itu sanggup mengambil risiko melakukan jenayah di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) Sementara itu, Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan peguam ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail untuk mengkaji pertuduhan ke atas anak guamnya yang didakwa menipu Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC). Sehubungan itu, Rozilah menetapkan sebutan kes pada 12 Jun depan, selain mengekalkan dengan tarikh terdahulu selama dua minggu bermula 16 Jun depan untuk perbicaraan. Pada 30 Disember tahun lalu, Shamsubahrin, 46, didakwa menipu Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dengan menjanjikan perkhidmatan rundingan nasihat bertujuan memperdayakannya hingga mendorong Mohamad Salleh membayar wang perkhidmatan kepadanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan