Isnin, 21 Mei 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Pembantu rumah Ketua Wanita UMNO WP larikan barang kemas RM50,000

Posted: 21 May 2012 03:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KELANA JAYA: Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd Samad mengalami kerugian kira-kira RM50,000 selepas pembantu rumahnya warga Indonesia melarikan pelbagai set barang kemas, termasuk koleksi berlian dari kediamannya di sini kira-kira jam 3 petang tadi.

MCA tunggu laporan rasmi ahli bahagian Pengerang keluar parti

Posted: 21 May 2012 03:09 AM PDT

Mutakhir

JOHOR BAHARU: MCA Pusat masih menunggu laporan rasmi daripada MCA Johor mengenai tindakan 10 ahli dari bahagian Pengerang keluar parti itu Jumaat lalu.

Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, berkata sekalipun sudah dimaklumkan mengenainya, MCA Pusat perlu menunggu laporan rasmi sebelum membincangkannya.

Gan yang ditemui pemberita di sini hari ini, diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Cina bahawa kumpulan itu bertindak keluar parti selepas MCA bahagian Pengerang tidak mengendahkan pandangan mereka berhubung Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang. Laporan terbabit juga menyebut 50 lagi ahli MCA dari bahagian itu akan mengikut jejak langkah kumpulan berkenaan tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Gan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau difahamkan tindakan kumpulan terbabit bukan disebabkan isu pampasan tetapi kerana enggan berpindah dari Kampung Sungai Kapal yang terbabit dalam projek Rapid.

"Saya faham perasaan mereka yang sayangkan kampung kerana lama tinggal di situ namun mereka mesti membuat sedikit pengorbanan kerana ini adalah projek yang bukan hanya penting kepada negeri tetapi negara," katanya.

Projek yang membabitkan pelaburan yang besar itu penting untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk khasnya generasi akan datang.
"Apa yang kerajaan dapat buat ialah membayar pampasan tanah kepada penduduk kampung mengikut harga pasaran tetapi pada dasarnya tujuan projek itu memang jujur dan murni untuk memberi manfaat kepada rakyat pada masa depan," katanya.

Gan juga melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak terutamanya pembangkang yang mempolitikkan isu Rapid dengan menuduh kerajaan sengaja memusnahkan kampung rakyat. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan