Harian Metro: Setempat |
‘Sini lubuk rezeki kami’ Posted: 17 May 2012 12:04 PM PDT KUALA LUMPUR: "Sekarang saya hidup selesa berbanding ketika mula-mula menjejak kaki di Malaysia. Jalan Tar ini sudah menjadi lubuk rezeki saya dan rakan-rakan. "Sepanjang menjalankan perniagaan, saya tidak berasa terasing kerana kebanyakan pekerja warga asing khususnya dari Pakistan," kata peniaga yang mahu dikenali Sharif, 40-an yang menjalankan perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Tar).
Katanya, pada awalnya dia diminta menjadi kuli dan gajinya ketika itu RM800 sebulan, manakala majikannya yang juga penduduk tempatan menyediakan tempat tinggal untuk dia dan rakan.
Sharif antara ribuan warga asing Pakistan dan Indonesia yang bekerja di Jalan Tar dan ketika tinjauan di lokasi itu mendapati hampir 90 peratus gerai disewakan kepada orang asing atau menggajikan pekerja asing sehingga melenyapkan identiti kawasan itu yang menjadi syurga beli-belah yang menawarkan pelbagai barangan tempatan dengan harga murah.
"Saya seperti berada di Bandung apabila membeli-belah di sini, malah proses tawar-menawar ada kala terpaksa menggunakan bahasa mereka jika mahu mendapat perhatian. Pihak berkuasa perlu mengadakan pemantauan dan tindakan mengatasi kebanjiran warga asing yang berniaga di bazar sekitar dua lokasi ini" katanya.
|
Pasangan kekasih maut angkara pemandu laju Posted: 17 May 2012 12:03 PM PDT KUALA LUMPUR: Gara-gara sebuah kereta yang dipercayai dipandu laju dan terbabas masuk ke laluan bertentangan, sepasang kekasih yang menaiki sebuah kereta lain di laluan itu maut akibat dirempuh kereta berkenaan, malam kelmarin. Difahamkan, kereta Honda Accord yang dipandu seorang lelaki dari Kajang ke pusat bandar raya hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan ketika tiba di jejambat Bulatan Sungai Besi, Jalan Loke Yew, di sini.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, dalam kejadian jam 11.45 malam itu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam dan bergegas ke tempat kejadian dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat Pusat bagi mengeluarkan mangsa. "Pasangan terbabit maut di tempat kejadian akibat tersepit manakala pemandu Honda Accord parah di kepala dan badan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menerima rawatan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan