Jumaat, 18 Mei 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


6 maut dalam 2 kemalangan berasingan

Posted:

6 maut dalam 2 kemalangan berasingan

6 maut dalam 2 kemalangan berasingan

18/05/2012 9:21pm

KUCHING — Enam orang dilaporkan maut dalam dua kemalangan berasingan di Jalan Pan Borneo di Bahagian Sri Aman di sini petang ini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad berkata, lima maut di Km 71, Jalan Sri Aman-Kuching dekat Jaong Pantu pada jam 4.15 petang apabila kereta pacuan empat roda jenis Land Curiser yang mereka naiki yang dari arah Kuching menuju Sri Aman bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

"Ia membabitkan tiga kenderaan iaitu pacuan empat roda dan lori berkenaan serta sebuah kereta. Semua yang maut (lelaki) adalah pemandu dan penumpang pacuan empat roda tersebut yang masih lagi belum dikenali identiti mereka," katanya.

Beliau berkata, polis telah menahan pemandu lori terbabit untuk siasatan lanjut.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Umum Sri Aman untuk dibedah siasat.

Dalam satu lagi kejadian berasingan, sorang wanita dilaporkan maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian dekat San Raba, kira-kira 25 kilometer dari Sri Aman.

Identiti mangsa masih belum dapat dipastikan, kata Mat Jusoh.— BERNAMA

Lebih 15,000 pesakit tunggu organ

Posted:

Lebih 15,000 pesakit tunggu organ

Lebih 15,000 pesakit tunggu organ

18/05/2012 8:30pm

KUCHING — Dianggarkan lebih 15,000 pesakit di Malaysia sedang menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ, dan majoritinya adalah pesakit buah pinggang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri, Dr. Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata, memandangkan angka itu dijangka meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, cabaran utama kementerian ialah merapatkan jurang antara permintaan dan bekalan organ serta sel tisu manusia di negara ini.

"Amat malang untuk mengetahui jumlah pesakit yang menjalani rawatan dialisis meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh sepuluh tahun lepas, seperti yang dilaporkan Daftar Dialisis dan Transplan Malaysia, iaitu daripada 7,800 pesakit dialisis pada 2001 kepada 23,000 pada 2010," katanya pada pembukaan Mesyuarat Saintifik ke-15 Persatuan Transplan Malaysia 2012 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr. Zulkifli Jantan.

Meskipun kadar derma organ di Malaysia dianggap rendah, iaitu kira-kira 0.6 untuk sejuta penduduk, Hasan berkata, perlu diakui ia menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dengan 29,500 penderma yang meninggal dunia dicatat tahun lepas, jumlah tertinggi sejak 1975 (47 penderma). — BERNAMA

Piala FA: Baki 6,000 tiket dijual esok

Posted:

Piala FA: Baki 6,000 tiket dijual esok

Piala FA: Baki 6,000 tiket dijual esok

18/05/2012 8:21pm

KUALA LUMPUR — Sebanyak 79,000 tiket perlawanan akhir Piala FA antara Sime Darby dan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok, sudah dijual.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, baki 6,000 tiket perlawanan itu akan dijual kepada peminat di sekitar Lembah Klang di kaunter Stadium Nasional, bermula pukul 10 pagi esok.

"Kita yakin dengan sambutan menggalakkan daripada peminat bola sepak untuk menyaksikan perlawanan ini, baki tiket tersebut akan habis dijual esok," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan akhir Piala FA di sini, hari ini. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan