Sabtu, 26 Mei 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Habis satu badan digigit

Posted: 25 May 2012 12:21 PM PDT

IPOH: Perbuatan zalim seorang ibu mendera anak perempuan berusia dua tahun dengan menggigit seluruh tubuh dan kaki mangsa hingga dipenuhi parut serta lebam terbongkar apabila bapanya yang berusia 49 tahun membawa mangsa ke klinik berhampiran Ahad lalu bagi mendapatkan rawatan selepas mendapati rambut anaknya itu gugur tanpa sebab.

Mangsa yang tinggal di Chui Chak di Langkap, Teluk Intan, diseksa ibunya yang juga suri rumah warga Vietnam berusia 25 tahun yang turut dipercayai menumbuk dan mencucuh tubuh mangsa dengan objek panas.

Suspek sengaja menyorokkan kecederaan mangsa dengan memakaikan anaknya itu pakaian labuh.

Difahamkan, bapa mangsa seorang pekebun sayur bimbang jika anak bongsunya itu menghidap penyakit berbahaya sebelum masalah itu dirujuk ke klinik kesihatan berdekatan.


Hasil pemeriksaan doktor mendapati seluruh tubuh mangsa dipenuhi kesan lebam baru dan lama yang dipercayai didera dengan teruk.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


6 bulan ganggu Liyana

Posted: 25 May 2012 12:21 PM PDT

AMPANG JAYA: "Ini bukan kali pertama sebaliknya enam kali," kata pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, 24.

Liyana yang baru bertunang dengan jejaka pilihannya pada 29 Mac lalu mengulas insiden dia dan keluarga diganggu lelaki 20-an dipercayai peminat fanatiknya.

Lelaki terbabit dilaporkan mula 'menghantui' rumah Liyana di Hulu Klang, di sini, sejak November tahun lalu dengan membawa pelbagai hadiah, selain bertegas bertemu pelakon dan penyanyi berkenaan.

Lelaki terbabit dilaporkan menunggu di hadapan rumah keluarga artis itu, selain berlegar-legar di sekeliling kediaman berkenaan.


Antara hadiah yang dibawanya untuk diberikan kepada Liyana ialah baju-T, kasut, minyak wangi, cakera padat (CD), minyak wangi serta tuala wanita.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan