Khamis, 17 Mei 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Cuepacs-MTUC kemuka 4 tuntutan

Posted:

Cuepacs-MTUC kemuka 4 tuntutan

Cuepacs-MTUC kemuka 4 tuntutan

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak.

Tuntutan tersebut ialah mewujudkan Skim Dana Pencen dan memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diperoleh sektor awam selama ini kepada tujuh agensi berkenaan selain meminta kerajaan membayar sagu hati tamat perkhidmatan kepada pekerja sektor tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Adi Putra fail perceraian dua hari selepas pulang umrah

Posted:

Adi Putra fail perceraian dua hari selepas pulang umrah

Adi Putra fail perceraian dua hari selepas pulang umrah

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


IKATAN perkahwinan Adi (kiri) dan Aida sejak 2006 kini sudah di penghujung.


KUALA LUMPUR - Selepas enam tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon popular, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim, 31, mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof pada 10 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Lebih mengejutkan, pelakon tersebut memfailkan perceraian ke atas isterinya yang dinikahi pada 14 April 2006 itu selepas dua hari pulang daripada mengerjakan umrah di Mekah pada 8 Mei lepas.

Adi bagaimanapun menafikan kehadiran orang ketiga dan ketiadaan cahaya mata sebagai punca dia memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya.

Sehingga kini pasangan tersebut masih belum dikurniakan cahaya mata kerana Aida mengalami keguguran sebanyak empat kali.

"Soal saya dapat petunjuk (mengenai kes perceraian) ketika mengerjakan umrah adalah antara saya dengan Allah.

"Apa yang boleh saya katakan, permohonan cerai ini kerana masalah dalaman saya dan isteri.

"Saya telah berfikir panjang sebelum menghantar permohonan cerai, malah isteri saya juga tahu mengenai perkara ini," ujar Adi ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Gerhana matahari cincin 20 Mei

Posted:

Gerhana matahari cincin 20 Mei

Gerhana matahari cincin 20 Mei


GERHANA matahari cincin yang dirakamkan di China pada 15 Januari 2010.


KUALA LUMPUR - Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan