Isnin, 21 Mei 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


18,000 terpaksa pindah

Posted: 20 May 2012 03:57 PM PDT

MukaDepan

Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

BATU PAHAT: Lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang berhijrah ke negeri lain di antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka.

Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.

Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang. - Dr Mohammad Fairus Khairuddin, Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin (kanan) yang membuat pendedahan berkenaan mendakwa hasil kajian itu membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan DAP.

Mohammad Fairus yang pernah berkhidmat selama dua tahun di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga mendakwa tahu rancangan dan strategi disusun kerajaan negeri itu dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.

"Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
"Rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sering bertanya kepada Guan Eng, selepas empat tahun memerintah Pulau Pinang, mana projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen?

"Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?

"Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang," katanya berucap merasmikan Himpunan Perguruan Silat Batu Pahat di Dataran Sungai Suloh, Senggarang dekat sini, semalam.

Beliau juga mendakwa Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.

"Saya tahu rahsia dan rancangan mereka," katanya.

Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.

Kajian itu mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.

Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.

Mohammad Fairus yang juga Naib Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) berkata, episod yang melanda bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut mendedahkan wajah sebenar Guan Eng dan DAP.

"Tunku Abdul Aziz adalah tokoh berpengalaman dan bekas Pengerusi Transparency International-Malaysia dan apabila dia kata tiada kebebasan bersuara dalam DAP sehingga meninggalkan parti itu, maka perjuangan pembangkang yang kononnya mahu menjuarai demokrasi negara ini akhirnya lenyap dan punah," katanya.

Menyentuh isu lain, Mohammad Fairus berkata, beliau juga akan mendedahkan bukti dan dokumen berhubung tindakan parti itu menukar teras perjuangan negara Islam dan hudud demi kesinambungan serta survival pembangkang.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Lip

Menang sorak kampong tergadai !!!!

azrul

apakah tindakan kerajaan pusat utk tangani masalah ini...

ku azlan b hj ku bahadun

Kenapa baru sedar sedangkan benda ni sudah lama berlaku?kenapa tidak diambil tindakan di tahun2 1980an?jika tindakan dibuat ketika itu pasti jurang tidak begitu melebar sekarang

laili hanum merican

sayang sangat kalau dibiarkan segala apa yang nenek moyang kita usahakan. bangkitlah dan sedarlah wahai melayu pulau pinang. hentikanlah perbalahan sesama sendiri. majukan bangsa, hentikan politik untuk individu

warisan

Sah dan memang sudah jelaslah bahawa mimpi ngeri orang melayu di singapore dulu telah terjadi kepada melayu pulau pinang.
Ini semua tidak akan terjadi jika melayu tidak berpecah.

md. azhar ahmad

ini lah yg dinamakan bangun dan usir, mcm pernah terjadi di singapura dan di bumi arab

khalid9164

saya yakin ini adalah fenomena sosioekonomi yang melibatkan proses gentrifikasi struktur penduduk hasil daripada tekanan ekonomi. penyediaan rumah mampu milik adalah salah satu usaha untuk membendung keadaan ini tapi usaha ini hanyalah berbentuk korektif. apa yang lebih penting ialah usaha preventif termasuklah meningkatkan peluang ekonomi yang lebih luas yang memungkinkan rumah 2 juta pun mampuk dimiliki. tidak kira dari parti mana melayu mesti memperjuangkan hak-hak mereka secara bersepadu tanpa bertelagah antara satu sama lain. jangan hanya mementingkan kebolehterusan hidup individu atau parti tertentu, hak melayu umumnya tergadai.

mila

saya tetap sokong kerajaan sekarang

hci

saya sokong ape yg dkatakan oleh saudara kite Orang Banjarn annacomel...ayuh bangkit org melayu d PPinag, kalau taknak melayu kehilangan tanah. ambil peluang pru13 ni utk mengembalikn hak n maruah kite sbg org melayu d sana. sy cabar semua org dsana...ayuh!..katakn boleh!

Orang Banjar

Sudah terang lagi bersuluh. Sudah jelas matlamat Guan Eng. Bekas orang kanan beliau sendiri yang dedahkan.

Ayuh, dah terkena masa PRU 12, takkan nak terkena lagi masa PRU 13? Hanya Jauhari yang mengenal manikam. Hanya tukang permata yang dapat menilai intan atau kaca sebenar.
Melayu bijak sahaja yang dapat menilai dan dapat membezakan yang mana buruk dan baik untuk diikuti berdasarkan senario semasa di Pulau Pinang itu.

Mukminin

Kelantan negeri termiskin pun rasa lagi berganda angkanya berbanding Pulau Pinang yg merantau di negara/negeri lain. Inikan bumi Allah, maka rezeki ada dimana-mana. Kenapa pula hendak pertikaikan pemberian rezeki dari Illahi. Zaman pemerintahan Paklah pun kerajaan persekutuan banyak tarik balik bajet setelah kalah BN walaupun negeri itu tempat asalnya.

luqman

saya fikir secara mendalam, dan buat keputusan, saya rasa ramai orang melayu yang benci sangat dengan UMNO hasil dari pada fitna dan pembohongan pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya anwar, apabila pemimpin-pemimpin pas yang dikatakan "memperjuangkan" Islam, turut menabur macam-macam fitna maka percayalah pengikut pengikut mereka, dap hanya mengambil kesempatan atas peluang yang diberikan, agak sukar juga nak sedarkan orang-orang yang taksub, percaya bahawa pemimpin mereka saja yang benar. Saya ada satu kawan berbangsa cina dan penyokong dap, ya memang banyak, banyak sangat kutukan-kutukan terhadap UMNO dan orang melayu dalam bahasa cina. Saya fikir kita kena bersedia juga untuk menerima pemimpin yang bukan dari orang melayu. saya selalu kata macam ini "kalau bangsa anda jatuh, jangan harap bengsa lain nak kutip, minta maaf".

Jay Kassim

masih ramai org melayu di negeri ni yang tidak sedar.

annacomel

"Beliau juga mendakwa Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan." saya harap PAS sedar dan insaf.Banyak erti yahg boleh diterjemahkan dari perkara itu.Seandainya PAS menganggap UMNO tidak bagus kerana ada sifat kebangsaan yang tinggi namun terbukti lebih baik dari DAP yang PAS ingin jadikan pemimpin bersama.PAS ada menyatakan umno mesti mengubah dasar untuk berkerjasama dengannya tetapi PAS tidak pula meminta DAP mengubah dasar ke arah keislaman jika bergabung dengan PAS. Saya percaya PAS tidak akan melakukan idea yang saya cadangkan ini kerana PAS adalah parti untuk merebut kuasa memerintah dari UMNO.Tidak lebih dari itu..PAS mempergunakan Agama Islam untuk memancing undi dari dulu. Saya langsung tidak percaya Ulamak bersifat begitu..Terbukti juga BAHAWA bersifat begitu bukanlah ulamak melainkan perasan dirinya ulamak.

BANDUT

INI PILIHAN POLITIK YANG ORANG MELAYU BUAT JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan