Kosmo Online - Negara |
Tuanku tidak ambil duit rakyat Posted: Tuanku tidak ambil duit rakyatOleh HISHAM IDRIS
KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak pernah mengambil sesen pun duit daripada kerajaan sejak pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar. Menerusi akaun laman sosial Twitternya @HRHJohor2, baginda bertitah, perkara itu boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman atau mana-mana pegawai kerajaan. Tempoh pemerintahan Kesultanan Johor dari era Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar hingga kini adalah selama 117 tahun. Almarhum Sultan Ibrahim memerintah Johor dari 1895 hingga 1959. "Semua wang yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada beta dan ayahanda beta setiap bulan telah disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim," titah baginda. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
WYY 9999 dijangka jadi rebutan tahun depan Posted: WYY 9999 dijangka jadi rebutan tahun depanKUALA LUMPUR - Selepas nombor pendaftaran WWW 1 berjaya dibida pada harga RM520,000, Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meramalkan WYY 9999 bakal menjadi rebutan para pembida tahun depan. Pengarahnya, Mohd. Nadzri Osman berkata, ini kerana WYY 9999 merupakan nombor terakhir bagi pendaftaran kenderaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ia ditukarkan kepada satu siri nombor baharu yang masih belum diputuskan kerajaan. Beliau berkata, pihaknya juga sudah mula menerima beberapa pertanyaan daripada individu yang berminat untuk membida nombor pendaftaran tersebut. "Kita menjangkakan ramai akan berminat untuk memiliki nombor terakhir itu yang dijangka mula digunakan pada Ogos tahun hadapan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Posted: Anak Zaid Ibrahim ditahanOleh SHAH NIZAM OMAR
SHAH ALAM - Anak bekas pemimpin politik kontroversi, Datuk Zaid Ibrahim ditahan semalam kerana terlibat menerbitkan buku berjudul Allah, Kebebasan dan Cinta tulisan penulis kontroversi, Irshad Manji . Ezra Zaid yang merupakan pengarah syarikat ZI Publications ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sebanyak 180 naskhah buku tersebut dirampas dalam operasi ke atas pejabat syarikat penerbitan tersebut yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan