Sabtu, 26 Mei 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Irshad Manji: Dua NGO buat laporan polis

Posted:

Irshad Manji: Dua NGO buat laporan polis

Irshad Manji: Dua NGO buat laporan polis

26/05/2012 7:43pm

KUALA LUMPUR 26 Mei – Dua badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis hari ini untuk pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur yang melancarkan buku 'Allah, Kebebasan & Cinta" tulisan Irshad Manji yang disifatkan telah mencemar agama Islam negara ini.

Seramai 10 wakil NGO berkenaan iaitu dari Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (Desmma) membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Setapak kira-kira 1 tengah hari tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu, Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, pengedaran buku itu pada 19 Mei lalu merupakan tindakan yang tidak menghormati negara dan penduduk beragama Islam di negara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan telah memutuskan bahawa tulisan Irshad Manji dalam buku "Allah, Kebebasan & Cinta" bertentangan dengan ajaran Islam. – BERNAMA

Pemandu ditemui mati dengan kesan tikaman

Posted:

Pemandu ditemui mati dengan kesan tikaman

Pemandu ditemui mati dengan kesan tikaman

26/05/2012 7:41pm

BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang pemandu trak penunda ditemui dengan beberapa kesan tikaman dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki di Jalan Song Ban Kheng, di sini, awal pagi tadi.

Seorang jurucakap polis berkata, mangsa, K. Meena, 40, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan berkenaan kira-kira pukul 3 pagi tadi.

"Bapa kepada dua anak itu dikatakan keluar minum bersama beberapa rakannya di Seberang Jaya, dekat sini, pada pukul 10 malam tadi sebelum dihubungi seseorang yang mahukan perkhidmatan tunda kereta," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, mangsa bergegas ke tempat kejadian di Taman Kimsar, dekat sini dan sebaik tiba terdapat sebuah kereta bersama sekumpulan lelaki di situ.

"Berdasarkan maklumat awal, mangsa dibawa menaiki kereta jenis Proton Waja yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu sebelum mayatnya ditemui di tepi jalan," katanya.

Jurucakap itu berkata, selain kesan tikaman dengan objek tajam, dua jari mangsa juga turut dipotong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. – BERNAMA

486 kes dagang orang disiasat sejak 2008

Posted:

486 kes dagang orang disiasat sejak 2008

486 kes dagang orang disiasat sejak 2008

26/05/2012 7:39pm

KUALA LUMPUR – Sejumlah 486 kes pemerdagangan orang dan 672 tangkapan dilakukan oleh agensi penguatkuasaan dari tahun 2008 hingga 24 Mei tahun ini, demikian menurut Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).

Daripada jumlah itu, mangsa yang telah diselamatkan dan mendapat Perintah Perlindungan Tetap (PO) terdiri daripada 264 lelaki, 636 wanita dan 124 kanak-kanak.

Menurut kenyataan MAPO hari ini, dalam tempoh tersebut sebanyak 34 kes penyeludupan migran dilaporkan dengan membabitkan 49 tangkapan dan 716 migran diseludup.

Statistik itu telah dibentangkan pada Mesyuarat MAPO yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim, semalam.

Bagi kes pendakwaan dalam tempoh tersebut, sebanyak 422 kes telah dituduh di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, sementara 88 kes berjaya disabitkan dan 70 kes telah diselesaikan. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan