Harian Metro: Setempat |
Posted: 25 May 2012 12:20 PM PDT KUALA LUMPUR: Golongan miskin khususnya ibu tunggal yang dibelenggu kesukaran menjelaskan bayaran sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) bakal menerima bantuan dalam masa terdekat sebaik saja Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) meluluskan garis panduan disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Ismail Stapa berkata, pihaknya akan menghantar garis panduan lengkap kepada KWPKB untuk diteliti dan disemak sebelum dilaksanakan sepenuhnya.
"Menerusi garis panduan ini juga, tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja mengelak bayaran sewa kepada DBKL akan diambil," katanya ketika Hari Bertemu Pelanggan DBKL 2012 di Ruang Legar Menara DBKL 1, di sini, semalam.
Katanya, perkara itu dipantau bagi memastikan orang awam tidak dibebani caj yang tidak munasabah.
Selain itu, DBKL menyarankan orang ramai supaya berhati-hati dengan kegiatan pemalsuan dokumen rasmi yang didalangi pihak tidak bertanggungjawab.
|
Posted: 25 May 2012 12:18 PM PDT BATU PAHAT: Sepasang suami isteri bingung apabila bayi lelaki mereka yang baru berusia dua bulan 'hilang' dari buaian di rumah mereka di Kampung Seri Ladang, Rengit, dekat sini, sebelum ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam periuk di kabinet dapur kediaman berkenaan, kira-kira jam 9 pagi Jumaat lalu. Malah, ini bukan kali pertama pasangan suami isteri berkenaan, Mohd Noor Sallleh, 58, dan Zarinah Dahalan, 42, terpaksa meratap kehilangan anak kerana sebelum ini dua anak perempuan pasangan itu meninggal dunia pada 2003 dan 2010 ketika masih bayi. Bagaimanapun, kejadian kali ini menimbulkan tanda tanya selepas Asyraful Iskandar Mohd Noor, yang sebelum itu sedang nyenyak tidur di dalam buaian tiba-tiba hilang sebelum ditemui di dalam periuk. Mohd Noor berkata, dia tidak menyangka kejadian sedih kehilangan dua anak sebelum ini berulang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan